Tuesday, November 25, 2008

Ada Apa Dengan Yoga?

Panas sungguh cerita tentang yoga ini.
Kalian pernah mencubanya?
Saya pernah mengikuti yoga ketika dibangku sekolah menengah
dengan hanya berpandukan buku dan pita video.
Jurulatih di dalam pita itu adalah perempuan 'mat salleh'
tetapi saya sudah lupa namanya kerana pita itu juga telah hilang.
Dari pengetahuan saya yang cetek ini... perkara asas yoga
adalah teknik pernafasan dan pergerakan tubuh yang memerlukan
kelenturan. Ketika melakukan aktiviti itu secara alaminya minda akan
terasa sangat lapang kerana harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap
asas tadi. Pada pandangan saya, yoga amat sesuai kepada mereka yang tidak
gemar aktiviti senaman yang berat seperti larian, gim dan aerobik. Juga sesuai
kepada mereka yang asmatik dan masalah kardio. Sangat tenang dan selesa.

Saya paham pengharaman oleh fatwa tentang yoga tetapi saya bersetuju
dengan Dr Asri Zainul Abidin kerana katanya
"Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,"

Saya juga pernah belajar Chi Gong (seperti tai chi) yang berasal dari tanah besar China.
Guru yang mengajar juga seorang berbangsa cina.
Bergerakan Chi Gong sangat perlahan dan penuh simbolik tetapi kesannya sangat baik
kerana ia juga seperti yoga ada elemen pernafasan dan pergerakan. Hasilnya juga
mampu memberi ketenangan minda dan penyembuhan beberapa penyakit.

Tentang isu yoga ini, semoga ada jalan terbaik bagi mengekalkan kebaikannya kerana
percanggahan pendapat di antara 'cerdik pandai' sangat mengelirukan....
ohh sangat mengelirukan!

2 comments:

en_me said...

panasss .. kannns

Anonymous said...

en me,
panas banget........