Friday, December 15, 2006

salam jumaat...

Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

(surah Al-Hasyr, Ayat:10)

Tuesday, December 12, 2006

arghhhhhhhhh..!!! (yawning)

setelah seminggu tak datang ofis.. rasa malas sungguh.
minggu lepas pergi Bengkel Teknik Penerbitan Video Korporat kat Morib.
huh~!! penat.. tapi seronok juga sebab dapat belajar mende baru.

hari ni sampai ofis macam takde semangat ditambah dengan masalah yang masih tak selesai sebelum berangkat ke bengkel. Dan ari nih ditambah lagi.. dan lagi..

arghhhhhhh..!!! macam mana nak buang penyakit malas dan hilang semangat nih??

tak pe la.. meh cuci mata.. point n shot kat morib.









p/s: peter... bila bleh kita makan sushi lagi??

Tuesday, November 28, 2006

Aku Orang Ke-3..??


Orang ke-3?? hehehe gurau je..
tapi nak rasa juga macam mana kalau kita jadi orang ke-3..
(err.. tapi tak baik.. menyakitkan hati sesama perempuan..)


Ahad lepas pergi kenduri Achik dan Bosz.
Sama cantik.. sama padan..
Dan dalam masa yang sama terjadilah gathering yang tak disengajakan.
hehehe sangat laa meriah nye!!
Ntah bila lagi akan berkumpul macam nih.


Kepada Achik (Nurul Hafizah) dan Bosz (Faizal Emran),

Selamat Pengantin Baru..
Semoga Bahagia Ke Anak Cucu..

Daripada Citong (za&erix)








Wednesday, November 22, 2006

siulan..

Tajuk : Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
Tempat : WHH xxxx (kereta Erix)
Lokasi : Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan
Tarikh : 18 November 2006
Masa : 9.30 pm


Keluar pagi balik petang
Adakala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
ooo bersabarlah

Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi
ooo bersemilah

Lama kucarik rahsia kaseh
Rindu kaseh untuk berkaseh
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung


erix : (rewind untuk kali kedua)
za : suka eh lagu tu?
erix : suka..
za : nape?
erix : cuba dengar lirik dia baik²..
za : owwhhhhhh (sambil cuba memahami maksud lirik)



untuk black,
selamat pengantin baru
semoga dimurahkan rezeki
dilimpahkan rahmat
bahagia hingga akhir hayat..
amin.

Wednesday, November 15, 2006

Hari ini 25 Syawal..



hari ni sibuk.. sibuk dan sibuk.
kerja.. meeting.. dan kerja
minggu ni ada dua jemputan kenduri kahwin
minggu depan juga..
minggu tulat juga..

fuhh~ meriah!!

Thursday, November 09, 2006

Kasihnya Altantuya..

Dia datang dari jauh
mencari cinta kasihnya
mencari tempat melepas rindu
mencari pujaan hati pelipur lara
mencari kasih mengadu domba
mencari ikhtiar penawar si anak...

tapi kasihan dia
nyawa tak berharga
jiwa yang dipuja dan jiwa itu yang membunuhnya
dibunuh kejam!!!!

berakhirnya kasih Altantuya
demi anak yang entah mana asal ceritanya.
Adakah keadilan untuk dia?

kasih dan kasihannya Altantunya...





- zaliza 09112006 -

Wednesday, November 08, 2006

Luka lama masih berdarah..

syawal masih ada
tetamu masih datang
kuih muih masih dihidang
baju raya masih belum siap
undangan masih belum surut
meriah masih meriah

tapi..

hati emak masih seperti dulu
masih dirobek
masih ditikam
masih sakit
masih parah!!


kelmarin.. mata dan telinga ini sakit melihat dan mendengarnye.
perempuan itu.. ya perempuan itu. ingin saja aku membalas segala
sakit sembilu dihati emak. tapi kata emak..

"jangan balas ape yg dia buat pada kita, balasan akan datang dari tuhan.."
"dia pun ada anak.. ade suami"
"biar la.. nanti kalau abah sakit kita tengak dia cari siapa.. "
"ape yang dia kasi tu.. itu hak emak.. mak takkan halalkan! diorang takkan selamat.."


dan akhir nya mak akan cakap..

"tuhan akan makbulkan doa² orang yang teraniaya.."



* aku juga mesti setabah emak.. *

Wednesday, November 01, 2006

Kemeriahan dan Kepenatan Hari Raya

tak sangka dah seminggu kita tinggalkan ramadhan dan tak sangka
dah seminggu kita di dalam syawal..

















dan kemeriahan itu masih dirasai..

Monday, October 30, 2006

salam eidilfitri...

masih belum terlambat untuk za ucapkan..


selamat hari raya eidilfitri
maaf zahir & batin


kepada kalian...

Tuesday, October 17, 2006

Saya Dah Tak Marah

lain kali jangan suka buat cerita..
semua orang ade hati dan perasaan.
walaupun cerita itu hanya untuk gurauan
tapi letakkan diri sendiri didalam
gurauan itu...
saya tidak suka sentuh peribadi orang
dan saya tidak suka peribadi saya
disentuh orang. titik.
walaupun saya system admin..
tidak sesekali saya akan perlakukan
sebegitu...
maaf.. gurauan itu memang tidak kena.

Monday, October 16, 2006

so what??

papan putih...

" zaliza - 19/10/2006 - 7/11/2006 cuti raya sakan "

pagi² dh buat org sakit hati. korang puasa ke tidak????
za memang amik cuti start 19/10/2006 tapi sampai 29/10/2006..!!!!!
cuti za banyak.. sukati laa nak amik berapa banyak!!
huhuhu~ boss pun tak kisah...

so what??? huh!!

Thursday, October 12, 2006

Ramadhan..

Teringat satu masa pada bulan yang mulia, semester terakhir di Pulau Langkawi..

~ menahan sabar berpuasa
~ menahan dari panas pulau yang tak menentu
~ menahan mata dari mengantuk (exam terakhir) sebab kene study..
~ menahan sebak setiap kali lagu raya berkumandang
~ menahan payah waktu sahur hanya biskut dan air kosong

dan kini..

~ tiada lagi karipap panas kegemaran erix di bazar depan airport
~ tiada lagi ayam percik Padang Matsirat
~ tiada lagi ikan pari bakar Pekan Kuah
~ tiada lagi Pakcik Hanif yang akan bawak za, alice, linn @ clay pegi jalan²
~ tiada lagi kueh gunting yang akan diuli oleh linn dan digoreng oleh clay
~ tiada lagi kueh onde² buah melaka permintaan alice
~ tiada lagi bunyi dengkur clay ditengah malam
~ tiada lagi bunyi loceng kaki linn
~ tiada lagi lauk sedap dari air tangan linn
~ tiada lagi baran angin alice & nookie
~ tiada lagi riuh rendah baharuddin, zahren, din penang, ziot... klik² sabahan dan sarawakian
~ tiada lagi gosip² dan cerita ceritu
~ tiada lagi dan tiada lagi..........


ntah bila kaki ini akan melangkah lagi ke pulau sumpahan itu..
dan ntah bila lagi akan merasa saat² ramadhan itu lagi... huhu~ :(



:: mohon maaf zahir batin sepanjang perkenalan ini.. ::




za dan mohamad aisy hafy bin mohd sani (anak kak ija)

Friday, October 06, 2006

Ganbatte!!

Biar bumi terbelah,
biar langit menghempap,
impian dan cita-cita..
tetap seteguh waja.

Thursday, October 05, 2006

motivasi??

semangat ku hilang..
hilang kerana "orang"
dan kata-kata "orang".
aku hanya mampu senyum..
dan senyum.
tapi..
dalam hati
luka yang amat parah.

citong : nape x menangis?
za : untuk ape??
citong : sekurang kurangnye akan rasa tenang
za : atau terus melenyapkan semangat??
citong : sabar laa za...


ye.. segalanya perlu kesabaran.

Wednesday, September 27, 2006

.A.N.A.K.

Penyanyi : Freddy Aguilar



Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli






Buat sahabat ku Masnora,

Takziah..
Mungkin ada rahmat dan hikmah Tuhan mengambilnya dari dalam perut..
aku juga merasa sedih..
semoga engkau tabah dan sabar dalam ujian ini..

Tuesday, September 26, 2006

Rindu

Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz


Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan



Kadang² diri rasa amat kesal.
Kesal sebab kurang perasaan rindu..
rindu kepadaNYA.
sesungguhnya diri ini sangat rugi...




salam ramadhan buat semua.

Tuesday, September 19, 2006

moody?

My Heart irwansyah feat Acha Septriasa

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart



hari ni.. satu hari dok main lagu My Heart
pastu ade orang kata za moody...
huhuhu~ sape yg moody ni..??
jangan laa marah.. nanti cepat tua.. :p

Monday, September 18, 2006

Selamat Kembali..



Balik dari mendaki Tree Hill lebih kurang jam 7.30 malam..
za bergegas ke Carrefour Subang dengan Ijan.. membeli ubi keledek,
daging, udang dan beberapa barang dapur untuk mak.
Jam sembilan.. dengan kaki yg masih lenguh dan lutut yang masih
sakit.. za paksa diri masak. Masak Mee Jawa huhuhu~ yummy!!!
Jam 12.30 pagi baru tido.
Pagi tadi Aree jemput (hehehe kesian kat za sebab tak larat nak naik
bas pi ofis) tepat jam 6.30 pagi. Cepatnye!!!!!

Dan hidangan istimewa itu khas untuk..
Lillian yang baru balik dari Jepun,
Naim yang akan transfer ke Sungai Petani
dan
Abang Radzi yang akan bersara pilihan bulan depan.


Hehehe... seronok tengok orang makan..

Friday, September 15, 2006

Esok.. diramal hujan.

Minggu ni tiap² petang hujan..

Kadang pagi nak pi keje pun hujan..



Harap² esok tak hujan..
sebab esok akan mendaki Pine Tree Hill, Bukit Fraser.
huhuhu~ semoga esok selamat naik dan selamat turun..

Monday, September 11, 2006

Lagi Berita Kematian..

Dia...
hampir 5 tahun tidak bersua.

dan kelmarin
ku tatap wajahnya buat kali terakhir.

semoga dikau (Sulaiman bin Sojo)
dicucuri rahmat olehNYA.. amin.



"Dia"..... pakcik ku.

Thursday, September 07, 2006

Tahniah!



Dia..... adik ku.

Friday, September 01, 2006

Empat Puluh Sembilan

Aku Anak Malaysia..
dan
Aku Sayang Malaysia.

Semoga Malaysia aman dan sejahtera sentiasa...





untuk Aree..

Terima Kasih.

Tuesday, August 29, 2006

Resepsi Cinta

owhh citong...!!! owang nak mengadu kat awak ari ni :(

semalam..

Belum pun penat dari PD surut, jam 0830am za dipanggil ke Bilik Cumulus
untuk satu tugas baru (huhuhu ... bahu ku bertambah berat)
Za telah dilantik secara rasmi sebagai ahli baru Sidang Redaksi Buletin Jabatan.

Akibatnya..

malam tadi dalam seronok menyaksikan penyanyi kesayangan ramai duduk bersanding
di atas pelamin impiannya (sooooo butifuuuull!!).. kepala za memikir, memikir dan memikir idea² untuk dimuat dalam Buletin. Hehehe sebenarnya masa skolah dulu pun za pernah terlibat dengan menda² ni.. cuma skang lebih official (aduh!! beratnya ..)



untuk sepupu² za.. Muhamad Amiruddin dan Muhamad Najib,
Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia Ke Anak Cucu.
Mohon Maaf banyak² sebab tak dapat hadir..
Ijan akan Konvo di Skudai pada tarikh yang sama.
Kirim salam pada semua..

Monday, August 21, 2006

selamat hari lahir

petang ni akan berangkat ke PD ade kursus seminggu.
Sebelum terlambat dan sebelum za tak ingat langsung,

kepada Alice Simbun, Peter Matut dan Mohd Sabri..

Selamat Hari Lahir yang ke xx (hehe x yah sebut laa)
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki.




p/s: Aree.. kursus jgn x kursus..!!

Thursday, August 17, 2006

Tulis dan Menulis

Malam tadi entah kenapa
tanpa disuruh-suruh
sangat ringan tulang
mengemas rak buku
seusia empunya.
Alamak!!
Terjumpa majalah sekolah
diselak helai demi helai
tiba² pada satu mukasurat
aku terfikir..
owhh berbakat juga aku ni!!
Tapi..
Kenapa tiada lagi bakat tu??







::huwaaaaaaaaaa.. nape x leh load gambar????::

Tuesday, August 08, 2006

Perginya Seorang Nenda..

Jam 5 petang kelmarin..
dalam Komuter..
menghampiri stesen Serdang..
telefon bimbit berbunyi..
dengan pantas jari ini mencapainya..
nun disana kedengaran suara abah..
menyampai berita duka.



aku antara cucu terakhir yang tiba
setelah habis talkin dibaca.
semoga nenek aman dan tenang..
di alam sana....

Amin.

Wednesday, August 02, 2006

Penantian...



"Hayaku hayaku watashi ni aini kite
hayaku hayaku watashi wo mukaeni kite"

"cepatlah cepatlah bertemu dengan ku
cepatlah cepatlah hadir dalam hidup ku"

-Bluehikari.com, 26 Februari 2002-




citong,

maaf.. tiada berita untuk za kirim
sekadar singgah dan melepas lelah.

Tuesday, July 25, 2006

Capek.





kesibukan minggu lalu
diteruskan ke hari ini
dan aku kepenatan







banyak perkara baru
banyak juga yang perlu tahu







citong : perlukan rehat?
za : oh tidak!
za : belum masanya lagi...

Tuesday, July 18, 2006

Untuk Siapa?



untuk Baharuddin : Selamat hari lahir. semoga tabah dalam mencari pekerjaan dan cerialah selalu.

untuk Black : Semoga rancangan yang baik itu mendapat restu dari keluarga dan diberkati olehNYA.(jangan lupa jemput za & erix)

untuk Alice : Semoga tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa.. Selamat Pagi Cikgu Alice!! :p

untuk Clay : sorry.. sorry.. i'm so sorry.

untuk Lynn : Terima kasih di atas ingatan itu.. mak dan abah sihat wal'fiat.

untuk Man & Lin : Cari lah jalan terbaik dan paling baik untuk kalian berdua. Jadilah insan yang bertanggungjawab. Za akan sokong dari belakang.

untuk Salleh : Semoga bahagia ke anak cucu..



untuk Rizal : Bila kita nak pi xpdc Sungai Bekelah?? Jangan lupa ajak za tau..!

untuk Zul Hadi : XPDC seterusnya.. jangan cari alasan tak ikut lagi.. nanti bleh kita amik gambar banyak² :)

untuk Abang Sharom : Sarjan... YES SIR !!

untuk Yati : ape cite skang?

untuk Kak Mimie : Lain kali kita pi tengok show abang muadz lagi nak..?

untuk Oyie : bukan duduk² saje.. tapi memang duduk buat keje la..



untuk Sabri : Walau sibuk mana pun.. harap² tak lupa kirim kabar berita.

Untuk Mior : Semenjak dua menjak ni Tan Sri Mior terlalu bizi.. tapi klu free jangan lupa hantar sms lagi.

untuk Peter : Saya bukan anak tentera, saya bukan girlfriend tentera, saya bukan isteri tentera, saya bukan balu tentera... saya adalah saya dan tiada paksaan dalam hidup saya (walaupun kadang² terpaksa :p)

untuk Suzie : mu beli ape kat Labuang? dok beli untuk za?

untuk Ila : wei!! bila nak kuar pi midvalley lagi? aku nak cari kasut... jom arr!!!

untuk Ruzaiman : abang long klu kawen jangan lupa jemput za ye..



untuk Tun : macam mana ngan tempat kerja skang? walaupun tak setanding dengan kelulusan.. semoga banyak pengalaman dapat ditimba.. tak salah kalu kita mulakan dari bawah. Gambate!!

untuk Zura : Kau semakin sibuk.. jangan kerja kuat sangat nanti asma datang lagi. Jaga diri baik².

untuk Mas : Tahniah di atas berita gembira itu. Mintak² yang kedua ni anak lelaki.. salam sayang buat Fatin.

untuk Ina : Walaupun banyak rahsia dan luka dalam hidup kau.. kau tetap kawan aku (dari darjah satu sampai skang). Jaga Irwan baik², semoga dia membesar menjadi manusia berguna.

untuk Saliza : Klu hang bosan dok kat Kerteh tu jangan lupa calling² aku kat sini..

untuk Yati : macam mana hidup baru? dulu ko dok ngan parent skang dok ngan hubby.. semoga bahagia!!

untuk Putri : Bile ko nak abis study? blajar welding pun kene sampai phD eh?



untuk Aree : kalau tiap² ari saya beli buah untuk awak.. awak kene janji tiap² minggu belanja za makan eskem tau !!

untuk Kak Ija : Tom yam dan lauk paprik ari tu sedap la.. lain kali bawak lagi tau.

untuk Kak Ada : Kita tak bawak bekal hari ni.. kita share je la ngan Kak Ada.. hehehe tolong abiskan.

untuk Kak Nani : Kita nak rasa pizza yang kak nani buat.. bukan sapiah atau tasya buat.. ibu belada!!

untuk Zunaidi : Masak bihun? ermm... esok² laa!!

untuk Kak Zarah : Meow kita dah ade orang amek :( sedih nye..

untuk Lillian : anata ga inakute samishii yo (klu salah betulkan tau)




untuk Noreen : lepas ni tak dapat laa kita pi mantin sama² lagi.. :(

untuk Ery : dapat gaji pertama kat tempat baru nanti jangan lupa belanja noreen, za, erix dan rasz tau..

untuk Erix Hadi : owang windu awak.. nanti za ajar awak masak nasi goreng.. jangan malas tau!

untuk pembaca citong : Terima kasih daun keladi.. lain kali singgah lagi

Friday, July 14, 2006

iklan radio

Tajuk : Aiman tak kisah
Tempat : WNM xxxx (kereta Peter)
Tarikh : 13 Julai 2006
Masa : 23.23 pm

Radio : Muzik Fm

aiman ade kawan,
nama dia arif,
umur lima tahu macam aiman,
tapi dia kecik aje.

aiman tak kisah!!

kalau main main
arif cepat letih
dia jalan lambat lambat
aiman selalu pimpin tangan arif

aiman tak kisah!!

arif sakit..
dia HIV po.%$#
(salah sebut)
HIV positif
bila dia tak sihat
aiman teman alif baca buku kat rumah

AIMAN TAK KISAH!!




p/s: Peter.. thanks for the sushi.. its so yummy yummy! nak lagi boleh...? (buat muka tak malu)

Thursday, July 13, 2006

aduh! sakit nye..

Hari ini aku sakit hati
sakit yang amat sangat
dan satu hari kau jugak akan sakit
sakit hati seperti aku!!

Wednesday, July 12, 2006

jiwang??




Sedang Ingin Bercinta

Artis : Dewa 19
Title : Sedang Ingin Bercinta

Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu otakku berpikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu disini
Aku ingin…
Aku ingin…


:: sukati owang laa nak jiwang ke nak karat ke..
:: awak tu pun sama.. tiap² minit nak report kat dia.. huh!!

Tuesday, July 11, 2006

Senang Hati @ Hati Senang

Malam minggu balik Bahau (huhuhu.. kena balik!)
dan masa makan tengah malam (sebab sampai umah tengah malam)
bersama mereka² yang baru sampai (termasuk za) :

mama erix : nape za dah nampak gemuk?

za : erk?!

za : hehehe.. senang hati

riri hadi : kak za dah gemuk laa skang...
(dengan mulut yang penuh dgn satay minang)

za : uiks! bukan gemuk la.. chubby!!

za : nak buat camne.. hati senang.

za : eh! camne kak ijan boleh ade kat sini?? (buat² muka pelik)

kak ijan : coincident...
((menyengeh ngan mulut penuh nasi)

kak ijan : awat makin gemuk(tangan masih menggodek sambal lada minang)

za : senang hati dan hati senang... hehehe

za : sape bawak satay minang? kitorang baru makan satay kat seremban...

mama erix : patut laa sampai lambat.. ric.. dah makan satay kat seremban..

erix hadi : hehehe
(senyum aka menyengeh)

mama erix : uda abu yang bawak.. beli kat JB

za : umang aihh satay import dari JB!!

mama erix : pedas sikit za...

riri hadi : sedap kak za..

za : tak pe la.. kasi je erix makan


erix hadi : (dalam tangan dah pegang satay)

za : (camne tak senang hati...)



(satay minang : setiap hidangan hanya ada 7 cucuk satay dan kuah diperbuat dari beras dan rempah)

Thursday, July 06, 2006

Aku Nak Tidur!!!


Aku ingin tidur
melelapkan mata
dengan lena
dengan dengus nafas
tanpa flu yang menghalang..




Aku ingin tidur
tidur dengan lena
tanpa bunyi
tanpa cahaya..




dan hanya aku
di atas tilam empuk
dikelilingi lembut bantal busyuk
serta ditiup kipas comel
berkelajuan dua.




Aku ingin tidur lena
tanpa mimpi² seram
jangan kau ganggu aku
dengan hayalan² menakutkan..




Pergi kau... pergi!!!
jangan kau datang lagi
dalam mimpi lena tidur ku!