Di sebuah Poliklinik Kerajaan yang baru beroperasi lebih kurang 3 tahun, salah satu mukim di Petaling Jaya.
Saya : Selamat Petang.. tumpang tanya boleh?
Wanita muda (1) di kaunter : ye.. selamat petang. (sambil tersenyum)
Saya : Saya nak ambil nombor di sini ke?
Wanita muda (1) di kaunter : puan ada buat appoinment?
Saya : appoinment? tak ada...
Wanita muda (1) di kaunter : puan baru pertama kali datang untuk pemeriksaan ke?
Saya : iye.. pertama kali.
Wanita muda (1) di kaunter : kalau macam tu kene buat appointment. Begini, tinggalkan IC..
Wanita muda (1) di kaunter : puan duduk dulu.. nanti saya panggil nama.
Saya : ohh.. ok. (sambil menghulur kad pengenalan)
Saya : (mencari tempat duduk ber hadapan kaunter)
Lima minit kemudian.....
Wanita muda (1) di kaunter : noor zalizah..... (memanggil nama saya dari kaunter)
Saya : (berjalan semula ke kaunter)
Wanita muda (1) di kaunter : (menyerahkan kad pengenalan saya kepada Wanita muda (2) di kaunter)
Wanita muda (2) di kaunter : bila kali terakhir period puan?
Saya : hari pertama period terakhir ke?
Wanita muda (2) di kaunter : ye.. hari pertama period terakhir puan..
Saya : dot dot haribulan oktober...
Wanita muda (2) di kaunter : dot dot haribulan oktober (sambil tangannya memusingkan carta berben tuk bulat)
Wanita muda (2) di kaunter : (kemudian melihat carta berkalendar besar berkotak grid dan mencari tarikh tertentu)
Wanita muda (2) di kaunter : kalau 2 disember puan boleh datang?
Saya : 2 disember? (sambil tangan mengeluarkan telefon bimbit dan mencari fungsi kalendar)
Wanita muda (2) di kaunter : erm.. 2 disember... di sebelah pagi (sambil memandang saya mendengar jawapan)
Saya : boleh..
Wanita muda (2) di kaunter : kalau macam tu.. puan datang jam 7.30 pagi. paling lewat jam 9.30 pagi (sambil tersenyum)
Saya : 7.30 pagi? erm.. okey.
Wanita muda (2) di kaunter : nanti puan bawa bersama kad pengenalan puan dan suami,
Wanita muda (2) di kaunter : bil air atau eletrik... tak kisah la rumah sewa atau rumah sendiri.
Wanita muda (2) di kaunter : dengan surat nikah sekali ye.... (sambil tangan mencatit sesuatu pada kertas kecil)
Saya : ye.. okey.. (sambil terangguk angguk)
Wanita muda (2) di kaunter : jangan lupa ye.. 2 disember.. pagi (sambil tangan menghulurkan kad pengenalan saya dan sekeping kertas kecil)
Saya : (angguk dan senyum)
Saya : terima kasih... terima kasih banyak ye... (memandang ke dua dua wanita muda di kaunter itu)
Wanita muda (2) di kaunter : sama-sama...
Wanita muda (1) di kaunter : (angguk dan senyum)
Wednesday, November 26, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Ada Apa Dengan Yoga?
Panas sungguh cerita tentang yoga ini.
Kalian pernah mencubanya?
Saya pernah mengikuti yoga ketika dibangku sekolah menengah
dengan hanya berpandukan buku dan pita video.
Jurulatih di dalam pita itu adalah perempuan 'mat salleh'
tetapi saya sudah lupa namanya kerana pita itu juga telah hilang.
Dari pengetahuan saya yang cetek ini... perkara asas yoga
adalah teknik pernafasan dan pergerakan tubuh yang memerlukan
kelenturan. Ketika melakukan aktiviti itu secara alaminya minda akan
terasa sangat lapang kerana harus menumpukan sepenuh perhatian terhadap
asas tadi. Pada pandangan saya, yoga amat sesuai kepada mereka yang tidak
gemar aktiviti senaman yang berat seperti larian, gim dan aerobik. Juga sesuai
kepada mereka yang asmatik dan masalah kardio. Sangat tenang dan selesa.
Saya paham pengharaman oleh fatwa tentang yoga tetapi saya bersetuju
dengan Dr Asri Zainul Abidin kerana katanya
"Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,"
Saya juga pernah belajar Chi Gong (seperti tai chi) yang berasal dari tanah besar China.
Guru yang mengajar juga seorang berbangsa cina.
Bergerakan Chi Gong sangat perlahan dan penuh simbolik tetapi kesannya sangat baik
kerana ia juga seperti yoga ada elemen pernafasan dan pergerakan. Hasilnya juga
mampu memberi ketenangan minda dan penyembuhan beberapa penyakit.
Tentang isu yoga ini, semoga ada jalan terbaik bagi mengekalkan kebaikannya kerana
percanggahan pendapat di antara 'cerdik pandai' sangat mengelirukan....
ohh sangat mengelirukan!

Thursday, November 20, 2008
Tag lagi !
saya ditangging oleh alice pula....
1. When was the first time you meet him/her?
siapa? Suamikah? Erm.. kenal dia 8 tahun yang lalu..
2. What do you feel?
rasa? Tak ada rasa… biasa saja.
3. What do you feel right now?
bahagia... alhamdulillah.
4. If your enemy do anything that you hate, what will you do first?
mula-mula tengok saja… sabar dulu..
5. Give 5 characters that you have :
saya tidak pandai menilai karektor saya..
hanya teman dan keluarga yang benar-benar tahu karektor saya.
saya hanya pasti saya ini seorang yang sangat sensitif dan independent.
6. If he/her broke your heart, what's your action?
mula-mula akan tergamam… menahan tangis dan akan lerai pada malamnya sebelum tidur.
7. What character you like towards him/her?
kompromi, dari saya mula kenal hingga saya menjadi isterinya
8. Who is the name of no.1?
suami saya ke?... dalam entri “Kondangan” sudah tertera namanya
9. If your lover becomes your enemies, will you hate him/her?
belum ada lagi orang yang pernah saya sayang menjadi musuh saya…
walaupun saya sakit dikecewakan.
10. The most memorable thing he/her had done for you
5 tahun yang lalu,
bila pertama kali dia main gitar dan menyanyi di depan saya..
sebelum itu saya tidak tahu dia punya bakat itu.
11. The most thing that he/she have said to you?
”awak, bulan 8”, katanya
“kenapa dgn bulan 8?”, saya bertanya
“kita kahwin….”, jawabnya.
12. To the person that always supports you?
diri saya, emak, suami dan teman-teman
13. 5 people to tag :
Kak ija
Kak yan
Eza
Lill
Cengko

Workstation Tag
Sudah lama saya di tag oleh eZa, cuma hari ini ada kelapangan untuk melangsaikannya.
Saya mengaku workstation saya sangat bersepah tapi ada masa-masanya ia tidak lagi nampak seperti workstation.. :p
Jadi sekarang saya nak tag orang pulak.
erm... tak ramai cuma 2 orang saja, iaitu
alice
kak ija

Friday, November 14, 2008
Semalam dan Berita Gembira
Dia sudah hampir lima minggu...
dan kami akan menunggu dia sehingga minggu ke-40.
Semoga segalanya selamat. amin...
dan kami akan menunggu dia sehingga minggu ke-40.
Semoga segalanya selamat. amin...
Tuesday, November 11, 2008
Translasi...
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu, tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, sedangkan itu baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui”, Al-Baqarah 216.
Saya membaca bluehikari pagi ini dan terkesan dengan terjemaahan surah albaqarah itu.
Saya membaca bluehikari pagi ini dan terkesan dengan terjemaahan surah albaqarah itu.
Friday, November 07, 2008
Bisik
Kakak: dik, akak dah beli dah...
Saya: beli?
Saya: beli ape?
Kakak: DSLR
Saya: hah? !!
Saya: bestnyeeeee...
Kakak: sama ngan azrulnye
Saya: D70?
Kakak: tak.. D80, dia baru update..
Saya: wow!!
Kakak: ari tuh siap mintak azrul ajar lagi...
Saya: bestnye!
Saya: akak blajar dulu guna kit lens pastu try lak wide lens ..
Kakak: ooo utk wide anggle. ishh.. ini pun x abis godek lagi..
Saya dan kakak: (sama-sama tersengeh)
Wah! seronok dengar bisikan akak tuh tadi.
Dan saya masih menggigit jari.
Tapi di dalam hati masih girang
sebab baru sahaja selesai kursus Photoshop CS3 semalam :D
Oh ya! Adobe akan mempromosikan produk baru iaitu CS4 kesemuanya serentak
pada 11 November ini di Shangri La.
Sesiapa yang berminat boleh lah ke sana.

Tuesday, November 04, 2008
Siapa ni?
satu dua empat dot satu sembilan tiga dot satu dua dot empat tujuh
siapa lah gerangan dia nih....
siapa lah gerangan dia nih....