Thursday, September 25, 2008

Jom Burger!

Dengan izin suami, petang kelmarin saya berbuka puasa dengan sahabat baik di Carl's Jr. (Mid Valley)
Memandangkan semasa kenduri saya tempohari mereka tidak dapat hadir, maka saya bawa bersama album majlis perkahwinan.
Suasana memang gamat walau hanya kami berlima sahaja. Borak, makan, ketawa, gosip, soksek soksek, makan, ketawa, gosip.......... hehehe.. seronok!!






Ini Shasha... yang paling kecoh. "Sha.. pujian aku memang ikhlas masa tuh.. ko makin cantik arr..."






Ini Alice. Bukan iklan burger ye..
"Mana sia pergi.. Nookie mau ikut. Ish! indak syok"








Ini Zakiah. Tapi kami panggil Zack. Dia yang cadang makan kat sini. kata Zack "Huh! sakit perut, ketawa sampai nak pecah perut!"







Yang ini puan empunya blog. Ketawa.. ketawa.. dan ketawa. "Tapi.. aku nak jumpa gak Si Clay tuh"








dan Faizal oops! Nookie. "Sha.. bukan faizal ko tapi faizal khaleed!".
"Betul arr nookie, your face tak macam your brother... jangan marah eh"






Tu dia.. makanan yang dipesan. Semua burger! dan BESAR nye..
"banyaknye kentang... gila kentang eh?"








Alice yang macam kelaparan sebelum masuk waktu. "Weh! mana aci ko share ngan nookie?!"







Salah satu burger yang di order... "ermm.. sedap"









Group photo session.. "oops! nookie teda. sapa suh datang lambat?" (edisi dengki)







"Semoga kalian berdua kekal hingga ke jinjang pelamin.. dan akhir hayat... amin"









Ooo Geng! Bila nak gathering lagi?? hehehe... :D

Monday, September 22, 2008

Mee Rebus Utara


Hehehe.. lapaq tak? apa kata meh try mee rebuih utara petang nih :)
Resipi asal dari cheq-sue.com. Saya salin resipi asal di bawah ini :

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah - dimayang

3 ulas bawang putih - dimayang

20 tangkai cili kering - dikisar bersama bawang besar & belacan

2 ulas bawang besar

1 inci belacan dipanggang dahulu

1 cawan kacang goreng - dikisar halus

1 kg udang diasingkan kepala, ekor dan kulit

- isi udang digaulkan garam kunyit dan digoreng (hidang semasa makan)

- kepala, kulit & ekor udang dikisar dan diambil airnya

1/2 kg daging direbus

- daging dihiris nipis dan hidang semasa makan

- air rebusan daging masuk dalam kuah

3 sudu besar sos cili

3 sudu cuka makan

3 biji ubi ketang direbus & dikisar

garam & gula secukup rasa

mee kuning

telur rebus

daun bawang, limau kasturi & cili merah

bawang goreng



Cara-cara memasak kuah mee:

1. tumis bawang merah & bawang putih hingga kekuningan

2. masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar & belacan

3. masukkan air udang

4. masukkan air rebusan daging

5. masukkan kacang goreng kisar

6. masukkan sos cili dan cuka

7. masukkan kentang rebus yang telah dikisar

8. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa

9. Hias hidangan dengan daun bawang, limau kasturi & cili merah juga telur rebus.



Seperti biasa saya akan ubah sedikit resipi ikut selera saya dan keluarga.
-Belacan saya ganti dengan 2 sudu udang kering
-Cuka saya ganti dengan sos tomato
-Kentang saya ganti dengan ubi keledek
-Sebagai hiasan saya tambah sawi dan taugeh yg telah di celur dan juga fish ball

Thursday, September 11, 2008

Cinta ubat, racun jiwa



Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.

Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.


-Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

-Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

-Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

-Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

-Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

-Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

- Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

-Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

-Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

-Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

-Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

-Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Sumber: Harian Metro


Wednesday, September 10, 2008

Flower?




You Are An Iris



You are a unique person who seeks out novelty in life.

An inspiration seeker, you often have to change scenery to recharge.

You don't deal well with structure or rules. You need to do it your own way.

Your ideal relationships are free and flowing. No one can tie you down.

Monday, September 08, 2008

Piagam Pelanggan 2

Hari ini sekali lagi saya pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor untuk kali yang ke 4 bagi urusan NIKAH.
Ya! Di tingkat satu itu sekali lagi saya ke situ.
Dari pemerhatian saya yang telah menjadi pelanggan di situ sebanyak 4 kali saya ulang.. EMPAT KALI. Secara jujurnya perkhidmatan kaunter di situ (tingkat 1) sangat TIDAK MEMUASKAN. Terutama perempuan muda itu.. ya, perempuan muda itu! Nasihat saya kepada dia.. walau apa pun kerenah, kemusykilan, permintaan dan pertanyaan pelanggan jangan lah dijawab dengan sinis dan sindiran... dan tolong jangan KURANG AJAR! Sifat itu tidak langsung mencerminkan perkhidmatan sebuah jabatan agama islam.
Saya harap mereka yang tidak menepati PIAWAIAN layanan dan perkhidmatan kaunter seperti itu diTUKAR dengan mereka yang LEBIH LAYAK.
Aduh~! sakit lagi hati saya....

Mari Buat Kraftangan



sebenarnya kraf ni saya buat untuk bunga rampai (hantaran)
semasa kenduri saya tempohari tapi gambar ni diambil semasa saya buat percubaan.
Tidak kira isinya potpouri atau bunga rampai tujuan asalnya tetap sama
iaitu menghasilkan bekas hiasan kecil yang berbau wangi.

Bahan-bahan:

Botol kecil (saya guna botol ayam brand's)
tali kertas dwiwarna
riben (saiz lebar 2")
bunga riben/ bunga kecil
potpouri/ bunga rampai
gam UHU / gam panas

Cara-cara:

senang sahaja
lihat gambar di atas
dan hasilkan seperti itu
mungkin hasilnya lebih cantik dari itu :)
Selamat mencuba!!

Friday, September 05, 2008

Kisah 8 tahun yang lalu...


Saya terlalu rindu..
ketika itu..
di pulau itu..
Mengenangnya,
terasa sangat sayu.
Adakah kalian juga begitu?



untuk Alice dan Shasha... Selamat Hari Lahir Ke-28. Semoga hidup kalian sentiasa dirahmati.
untuk Lynn di Sarawak.. Selamat berpuasa, maaf zahir batin. Rindu sama masakan kitak!
untuk Clay.. semoga cepat bertemu jodoh. sejuk~!!!!!!!!!


Gambar dari kiri:
clay, lynn, shasha, alice, za

19 Ogos 2000

Thursday, September 04, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Wednesday, September 03, 2008

Sambal Ikan @ Serunding Ikan


Malam tadi lepas berbuka puasa, saya bertungkus lumus memasak serunding ikan.
Hajat asal nak buat kuih raya (mini popia) tapi mungkin perlu dibuat lagi sebab sudah jadi hidangan sahur pagi tadi :D
Ini percubaan pertama saya.. untuk memasaknya perlukan kesabaran.
Resipi? Resipi asal saya ambil dari blog kak raidah.
Ada sedikit tambah dan tolak yang saya buat. Jadi, selamat mecuba!






Serunding ikan (http://resepiraidah.blogspot.com)

Bahan-bahan:

3 mangkuk isi ikan(tenggiri/kembung) ~ rebus ikan,buang tulang dan kisar atau tumbuk
1 senduk bawang putih dan bawang merah yang dikisar
Cili kering (rendam dan kisar) ~ ikut pedas yang disukai
2 mangkuk kecil bawang goreng (untuk menyedapkan lagi serunding)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili dan goreng hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa,garam
dan gula secukup rasa.
3. Masukkan isi ikan dan kacau sehingga kering dengan mengunakan api yang sederhana besar.
4. Setelah serunding kering,sejukkan. Kemudian masukkan bawang goreng dan gaul rata.sedia untuk dihidang.


Tambahan:

- Saya tambah 2 batang serai dan sesudu biji ketumbar. Dikisar dan tumis bersama bawang dan cili.
- Untuk resipi di atas saya guna seekor ikan tongkol sederhana besar.
- cili kisar saya letak 3 sudu makan dan asam jawa saya ganti cuka epal (1 sudu makan)

Tambahan 2:

- kata emak, kalau ada lengkuas dan halia, boleh juga ditambah.





Tuesday, September 02, 2008

Selamat Datang Ya Ramadhan!

Untuk semua....