Tuesday, August 26, 2008

Piagam Pelanggan

Saya rasa sangat kecewa dengan perkhidmatan Jay Ae Ai Es terutama khidmat kaunter. Semalam saya dan suami pergi ke jabatan tersebut untuk mengambil dokumen asal (bukan sementara ya!), janji mereka (yang terpampang megah di tepi kuanter) akan selesai 14 hari dari tarikh serahan. Saya dan suami menuntutnya seminggu selepas 14 hari itu. Hasilnya, saya balik dengan hati yang amat panas sehingga tidak mampu untuk berkata-kata dan suami juga begitu. Saya tahu dia marah manakan tidak, 3 batang rokok dihisapnya tanpa henti.
Alasan yang kami terima... "Sepatutnya dah siap tapi.. ramai yang kawin bulan nih... tu yang tak siap lagi."
Munasabah ke alasan tu? aduh~!
Saya sendiri sebagai penjawat awam sangat sedih dengan jawapan itu.
"Bukan ke dalam piagam tu tulis 14 hari dari serahan kadi. hari nih lebih dari 3 minggu dari saya nikah?" saya bentak. Sengaja saya ungkit piagam itu.
Dan jawapan yang saya terima sama seperti sebelum ini.
Kecewa betul saya dengan jawapan pegawai di kaunter itu.
Saya malu dengan suami, sangat malu. Kasihan dia, sudah la perlu datang dari jauh (mantin ke Shah Alam) dokumen tak dapat dan alasan yang begitu rupa. Saya tidak tahu apa yang dia fikir tentang kami (penjawat awam).
Alahai~

3 comments:

eZa said...

same je kes ngn saye... pastu ms melayan mcm nk xnk layan. kalau xnk keje pi dok umah la. keje jabatan agam, buat prangai camtuh, pastu rosak plak susu sebelanga! nyampah! pastu dh siap kad tuh, name sy lak dia silap eja! mls dh nk berurusan ngn diorg, sy buat dek je asalkan ic no betul! isk!

Anonymous said...

tu la apsal ler org yg keje kt situ wat peel gitu ek? jgn kata kt sini kt sabah pun sama...sabar je la..silap eja nama tu mmg dh biasa dgr yg paling xtahan tu smpi setahun tak siap pun ader cm kes I ni ler hehehhe..tak pepasal tkutuk la pulak kt org tu kan hehehehe...

Anonymous said...

err....
dh x tau nk habaq pa lagi kt depa nuh.
cheq x mo tambah dosa..
hehehe.. sama arr nasib kita ni eza, lilly...