Thursday, August 21, 2008

Acar Buah


Seperti selalu apabila menjelang ramadhan, terasa ingin menjamah acar buah.
Malam tadi saya beranikan diri mencuba resipi dari internet (kak hanieliza) tapi saya ubah mengikut selera dan citarasa sendiri. Sebagai contoh cuka saya ganti dengan cuka epal kerana perut saya dan keluarga sensitif pada cuka. Buah-buah jeruk juga saya pilih ikut kegemaran ahli keluarga. Kepada yang menyalin resipi... Selamat Mencuba!



Bahan A

1 mangkuk jeruk buah (3 jenis kering & 3 jenis basah)
7 biji jeruk cili api (rendam dalam cuka epal sehari)
4 biji jeruk bawang merah
3 biji jeruk bawang putih

Bahan B

10 – 15 biji cili kering (buang biji)
9 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar serbuk kari ikan (goreng tanpa minyak)

Bahan C

4 sudu besar minyak
1 batang kayu manis
3 sudu besar gula
2 sudu besar cuka epal
Garam
1 sudu besar bijan (goring tanpa minyak)

Cara-cara memasak

  1. Kisar bahan B
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan B dan kayu manis hingga wangi, garing dan naik minyak
  3. masukkan gula, sedikit garam dan cuka epal, gaul hingga naik minyak
  4. masukkan bahan A dan perlahankan api. Masak hingga hampir kering atau pekat.
  5. masukkan bijan dan hidang.

2 comments:

eZa said...

za,
mak sy ckp sodap! sile la buat lg ye?! ;)

Anonymous said...

eza, sedap eh? tp mak sy tak berapa suka :( insyaallah klu sy buat lg.. ade laa kt atas meja awk tuh hehehe :)