Tuesday, August 26, 2008
Piagam Pelanggan
Alasan yang kami terima... "Sepatutnya dah siap tapi.. ramai yang kawin bulan nih... tu yang tak siap lagi."
Munasabah ke alasan tu? aduh~!
Saya sendiri sebagai penjawat awam sangat sedih dengan jawapan itu.
"Bukan ke dalam piagam tu tulis 14 hari dari serahan kadi. hari nih lebih dari 3 minggu dari saya nikah?" saya bentak. Sengaja saya ungkit piagam itu.
Dan jawapan yang saya terima sama seperti sebelum ini.
Kecewa betul saya dengan jawapan pegawai di kaunter itu.
Saya malu dengan suami, sangat malu. Kasihan dia, sudah la perlu datang dari jauh (mantin ke Shah Alam) dokumen tak dapat dan alasan yang begitu rupa. Saya tidak tahu apa yang dia fikir tentang kami (penjawat awam).
Alahai~
Thursday, August 21, 2008
Acar Buah
Seperti selalu apabila menjelang ramadhan, terasa ingin menjamah acar buah.
Malam tadi saya beranikan diri mencuba resipi dari internet (kak hanieliza) tapi saya ubah mengikut selera dan citarasa sendiri. Sebagai contoh cuka saya ganti dengan cuka epal kerana perut saya dan keluarga sensitif pada cuka. Buah-buah jeruk juga saya pilih ikut kegemaran ahli keluarga. Kepada yang menyalin resipi... Selamat Mencuba!
Bahan A
7 biji jeruk cili api (rendam dalam cuka epal sehari)
4 biji jeruk bawang merah
3 biji jeruk bawang putih
9 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar serbuk kari ikan (goreng tanpa minyak)
1 batang kayu manis
3 sudu besar gula
2 sudu besar cuka epal
Garam
1 sudu besar bijan (goring tanpa minyak)
- Kisar bahan B
- Panaskan minyak dan tumis bahan B dan kayu manis hingga wangi, garing dan naik minyak
- masukkan gula, sedikit garam dan cuka epal, gaul hingga naik minyak
- masukkan bahan A dan perlahankan api. Masak hingga hampir kering atau pekat.
- masukkan bijan dan hidang.