Friday, July 18, 2008

Surat Khabar Hari Ini

Semenjak akhir-akhir ini saya hanya berminat membaca tajuk-tajuk sahaja bagi berita utama.
Kenapa? Bagi saya tidak perlulah membaca isi kandungan yang cukup menyesakkan jiwa dan minda dengan semua konspirasi dan permainan teka-teki politik.
Saya mengaku, saya BENCI potilik sejak saya di bangku sekolah. Ini kerana abah seorang yang aktif dalam UMNO walaupun dia hanya seorang pengerusi tetap.
Jikalau kalian adalah anak kepada penggiat politik tentu sekali tahu "aliran udara" dirumah keluarga kalian. Mereka tidak betah duduk dirumah, belum pun seminit kerusi dipunggung hangat, telefon akan bunyi berdering-dering. Itu belum lagi dengan musuh yang terang lagi nyata mahupun di dalam selimut. Huh~!
Maaf jikalau saya terlalu berterus terang. Tetapi ini adalah pendapat saya, dunia politik terlalu banyak DOSA. Kenapa saya katakan dosa? Lihat saja sekarang ini, fitnah menfitnah, tuding menuding, kata mengata, umpat mengumpat... alahai. Bak kata pelawak muda lagi berbakat, Nabil, "Lu pk la sendiri!,".

Sekarang apabila membuka helaian surat khabar ataupun membaca secara online saya akan cari tajuk seperti di bawah. Di situ ada moral yang boleh diangkat sebagai contoh yang sangat mulia.


Rumusan saya bagi artikel di atas, tidak mengapa andai kita kerugian besar asalkan nyawa penumpang adalah selamat kerana mereka adalah tanggungjawab besar yang dipikul kapten dan anak-anak kapal. Syabas kepada mereka.

0 comments: