TUPAI - HALIM YAZID
Atah jula mokte,
Kudung eko, peghuk lapa
Jale caghi make 2x
(
Ekornya kudung, perutnya lapar. Jalan2 cari makan)
Kejadie tuhe, di pangge namo tupa
Asa nyo dale ute, sejenih mamalia..
(Diciptakan tuhan, diberi nama tupai. Asalnya dr hutan, sejenis mamalia)
Kalu pasa jakkik kot dahe,
Dio lah ye paling handa,
Jatoh jaghe-jaghe,
Keghano dio tok soba..
(kalau pasal lompat-lompat dr dahan ke dahan, dia lah yg paling terer.
Jarang2 jatuh. Kalau jatuh pun sbb dia tak sabar)
Sepanda-panda tupa meloppak,
Jatuh tannoh jugok,
Nok wi hambak oghe jahak,
Janghe telajok maghoh
(Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
kalau nak tangkap atau kejar org jahat, jgn terlampau marah)
Oghe jame ghitu, pakak hambak tupa
Bimbe ko buoh baghu, takok tok de besa
Hanyo deghie, duku .. kalu de nya keghik tupa,
Pendek taung tu, nyo deghie tok de nok jua
(Org zaman dulu, ramai-ramai kejar tupai. Risaukan kebun,kalau ada buah baru, takut tak sempat besar. Kalau pokok durian ke, duku ke.. kalau dah digigit tupai, tahun tu mesti durian tak boleh nak jual)
Oghe seghabuk, tupa seko
Beghambak aghi-aghi,
Nyo pakak likong, nyo pakak pekong,
Tupa tok leh laghi
(Org serabut dgn tupai seekor. Hari2 berkejar-kejar.
Semua org pakat2 kepung, pakat2 baling dgn batu.. Akhirnya tupai tak boleh lari lagi)
Setakak bede ado, tupa habih mati,
Hokni lah sayo raso, kito sangak ghugi
Kito maknusio, setinggi mano pong kito ngaji,
Nok wak tupa seko tetu skali doh tok jadi
(sejak ada senapang/ pistol, tupai dah byk mati. Yg ini lah saya rasa, kite sgt rugi. Kite manusia ni, setinggi mana pun kite belajar, kalau nak soh buat tupai sekor, tentu skali tak menjadi)
Loni kapung, atah pagar, jaghe buleh tengok,
Bapok tupa, ibu tupa, jale bawok anok 2x
(Sekarang ni, di kampung, kalau kat atas pagar, dah jarang boleh nampak..
bapak tupai, mak tupai jalan bawak anak)
Ghaso sie sunggoh, tengok seko anok tupa,
Keghano telajok kughuh, sapa tok leh nok niti pagar
Bulu-bulu pong habes lughoh, air mato begha-begha,
Maghi dale baghoh, bokali keno ghacung tupa
(rasa kesian sungguh!.. bila tengok seekor anak tupai.. Disebabkan terlalu kurus, sampai tak boleh nak meniti pagar. Bulu2 di badan pun dah habes luruh,
air mata berlinang-linang. Dtg dr dlm baruh, mungkin dia termakan racun tupai)
Semasa saya berkursus Perekaan Penerbitan tempoh hari, saya sering nyanyi rangkap pertama lagu ini dan tanpa disedari sahabat baru di sebelah kiri saya mendengar dengan sangat teliti.
"awak orang kelantan ke?," soalnya. "Tak lah.. saya dari sini, selangor," saya balas. "Saya ingat awak dari kelantan sebab nyanyi dikir barat tu sebiji macam orang kelantan," katanya dan saya soal dia "asal dari kelantan ke?" dia hanya angguk dan saya tersenyum.
Sebenarnya setiap kali saya teringat seorang sabahat (dari kelantan) saya akan menyanyi lagu ini. Saya sangat rindu untuk bersua, berkongsi cerita, ketawa dan menangis dengannya. Agak lama juga saya tidak ketemu dia. Mungkin dia juga sedang sibuk dalam persiapan majlis besarnya. :)
0 comments:
Post a Comment