Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru!!

Kepada semua...



Selamat Tahun Baru 1430H

dan

Selamat Tahun Baru 2009M



Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi olehNya....


























pregnancy calendar

Tuesday, December 23, 2008

Jom makan nasi minyak..



Bulan Disember ini saya terima banyak undangan majlis perkahwinan baik yang dekat mahu pun yang jauh.

Kepada yang melangsungkan perkahwinan, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Di sebelah foto majlis persandingan Zuhaili dan Afizal ahad yang lalu.
















Friday, December 19, 2008

Uji.

Semalam. Ya, semalam saya diuji tuhan. Tidak pernah saya mengalaminya sebelum ini.
Hanya melihat orang lain yang ditimpa. Tetapi semalam saya merasainya dan hingga hari ini
masih lagi tiada penyelesaian. Masih berusaha, masih bersabar dan tetap reda.

Pagi ini saya membaca bluehikari, saya tergamam dan tersentak dengan musibahnya.
Kemudian saya ke blog fajar pula. Saya rasa sangat sebak, sayu dan sedih.
Terus saya beralih ke blog jimi. Saat saya membaca perenggan kedua, air mata terus tumpah!
Ya tuhan, mereka ini punya musibah lagi hebat dari saya....!




Semoga mereka dan juga saya punya kekuatan untuk melalui ujian-ujian dariNya.

Wednesday, December 17, 2008

"Katakan padaku, siapa Kekasihmu?"

“Aku begitu hairan, perkataan “cinta” bagaikan sihir para pujangga, memeningkan para ahli fikir dan menjadi sebutan para muda mudi. Perkataan cinta merupakan perkataan yang subjektif yang sukar diterangkan secara jelas. Sesetengah pula berkata bahawa cinta tidak dapat diertikan melainkan dengan perkataan cinta itu sendiri. Aneh bukan?” kata seseorang.

“Ya, memang benar, aneh. Kerana cinta, manusia menagihnya. Tanpanya, ia mati. Tanpanya, alam ini tidak tercipta kerana Hebatnya Cinta Sang Pencipta,” jawab seorang lagi.

“Jawapanmu mengagumkanku. Apakah rahsianya? Aku tidak mendapati, melainkan engkaulah yang tersihir oleh cinta! Katakan sahaja, siapakah kekasihmu?”

Ia terdiam. Soalan itu mengunci mati bagi diri yang lalai. “Engkau tampak melindungi sukma hatimu. Katakanlah yang sebenar. Dahulu engkau katakan, engkau berjumpa dengan kekasihmu pada setiap malam.”

Ia terdiam. Terus berdiam. Masih tiada jawapan. “Katakan sahajalah. Engkau katakan, dan segalanya berakhir. Tuhan tidak suka orang yang berbuat durja.”

Ia masih diam. Tetapi kali ini ia bangun dari renungannya. Renungan yang tajam, merentasi masa dan fikir yang ada. Bibirnya bergerak-gerak, ingin menuturkan sesuatu, “Ya, benar.”

Orang tadi seolah-olah teruja. Ia melangkah sambil berpeluk tubuh. “Engkau berjumpa dengannya pada setiap malam bukan?”

“Benar. Aku tidak berdusta.”

“Oh, pasti engkau lemas disihir cinta. Cinta yang agung. Katakanlah, bagaimanakah kekasihmu?”

Ia terdiam lagi. “Kekasihku...”

“Hmm? Aku teruja ingin mendengar jawapanmu. Jawapan yang ikhlas, tentunya,” katanya dengan sinis.

“Kekasihku... sejak aku menemuinya, dialah yang membuka hatiku yang gelap. Memenuhi sukmaku dengan cahaya yang terang benderang. Hatiku yang remuk redam, diusai dan dibelainya dengan lembut dan kasih sayang. Aku tidak lagi merasai kesepian. Aku berjanji setia tidak akan berpisah dengannya!”

Sambil bertepuk tangan, “Wah, wah, wah! Hebat, syabas! Cintamu memang hebat. Katakan lagi, siapakah kekasihmu!”

Ia menyambung, “Sejak itulah, degupnya degup jantungku. Dialah nadiku. Putusnya daripadaku, putuslah harapku, hilanglah pergantunganku.”

“Hebat! Hebat! Hebat!” orang tadi menepuk tangannya.

“Dan... dia juga berjanji setia kepadaku. Dia berjanji, bahawa ia tidak akan berpaling daripadaku, sekalipun jasadku dimamah bumi. Pada pandangan manusia, badanku sudah lenyap, yang tinggal hanyalah nama. Tetapi dia temanku yang tetap setia bersamaku, walau apa yang terjadi kepadaku!”

Tepukannya bertambah kuat. Sambil ketawa terbahak-bahak, ia menggeleng-geleng kepalanya seolah-olah tidak percaya apa yang didengarnya. Kata-kata didengarnya seakan-akan ada orang bercita-cita mengukir awan dengan tangan. “Katakan kepadaku, siapakah kekasihmu!” ia mendesak dengan tiba-tiba. “Tentunya ia seorang yang menawan, anggun dan membuatkan aku kasihan melihat engkau, tersihir akan cintanya!”

“Ya, benar. Dialah indah pada pandanganku. Mahukah aku terangkan kepadamu, misteri yang ingin engkau bongkar?”

“Hahahahahahaha! Tentu sekali. Engkau memberi jawapan yang tepat sekali!”

“Katakan sahaja, dan segalanya berakhir!”

“Baiklah...”

“Dialah Fatihah yang membuka hatiku. Ia membawa hatiku yang gelap gelita, ia membawaku kepada cahaya yang terang benderang. Sejak kehadirannya, cintanya membelaiku dan memimpinku ke jalan yang lurus.”

“Oh... tidak mungkin!”

“Dialah Kahfi yang menerangiku dari satu waktu ke satu waktu. Dan kerana cintanyalah aku dilindungi daripada fitnah pendusta Si Dajjal. Pendusta, pemutar belit bicara seperti engkau!”

“Ah, tidak!”

“Dialah Yaasin yang menjadi jantungku. Aku berjumpa dengannya setiap malam, agar jantungku berdegup selama ia termampu. Tanpanya, putuslah nadiku, lenyaplah aku daripada dunia yang fana ini.”

“Tidak!”

“Dan dialah Mulk yang kutemui setiap malam. Aku diberi janji, ia akan menemaniku hatta aku sudah berada di alamm kubur. Dan dialah yang berhujah untukku pada Hari Pembalasan. Agung Cinta itu bukan?”

“Kembalilah kepada Tuhanmu. Kembalilah kepada Cinta yang Agung. Cinta tafsiranmu, keluarkanlah akalmu daripada cinta yang sempit kepada Cinta yang luas terbentang...”

Si Penyoal terduduk terkesima. Benarkah jawapan itu? Kenapa kali ini ia tersihir akan soalannya sendiri? “Ah... aku merana. Aku insaf... Di manakah perginya Cinta? Di manakah harusku cari? Siapakah sebenarnya kekasihku?”







(Disalin dari : http://resam-padi.blogspot.com/)

Friday, December 12, 2008

Will You Love Me In December?


"You say the glow on my cheek, sweetheart
Is like the rose so sweet
But when the bloom of fair youth has flown
Then will our lips still meet?
When life's setting sun fades away, dear,
And all is said and done,
Will you arms still entwine and caress me?
Will our hearts beat as one?

Will you love me in December as you do in May?
Will you love me in the good old-fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May? "









masih ingat lagu lama nih?






Friday, December 05, 2008

Cuti Hujung Tahun...

Masuk sahaja bulan Disember sudah banyak yang tiada di pejabat.
Menghabiskan cuti tahunan untuk bersama keluarga baik yang bujang
mahupun yang berkeluarga.
Tujuannya pelbagai. Sebagai contoh Disember 2008 ini, ada cuti umum
disambung bersama cuti tahunan. Ada yang menyambut AidilAdha, Krismas,
bercuti di desa tercinta, pergi melancong dan ada juga yang berbulan madu.

Apapun tujuan cuti hujung tahun kalian, saya ucapkan selamat bercuti.
Rehat secukupnya untuk tenaga tahun hadapan.

Buat Alice dan Lilly yang akan pulang ke Sabah, semoga
selamat tiba di kampung halaman.

Saya? Hehehe.. akan sambut aidiladha di bandaraya Petaling Jaya :)
Awal muharam belum tahu lagi mahu ke mana, tapi yang pasti tahun baru
bermalasan di rumah :D

SALAM AIDILADHA dan SELAMAT BERCUTI!!!

Thursday, December 04, 2008

Edisi Pujuk Hati




"When one door closes, another opens;
but we often look so long and regretfully upon
the closed door that we do not see the one
which has opened for us..."




-Alexander Graham Bell-












p/s: ya, hilang seorang kawan tidak semestinya kita hilang semua kawan.....

Wednesday, December 03, 2008

Jika itu kemahuanmu...



Ya.. jika benarlah ini dan itu kemahuanmu..

akanku turutkan.
Moga kau akan lebih tenang, senang dan aman.
Kemaafanku beri.
Pergilah. Pergi! Bawa segalanya bersamamu.
Hanya satu pesanku...
Apa yang kau beri ini akan kau perolehi
suatu hari nanti..
mungkin lebih hebat, lebih dahsyat.
Wallahu'alam..






Tuesday, December 02, 2008

Penat!!

Masuk minggu ke-7..
Saya rasa sangat tidak selesa.
Ya, saya penat. Sangat penat!!
Akibatnya semalam saya terpaksa mengambil cuti segera kerana tidak mampu untuk bergerak dari tiduran. Sangat lesu! Hampir matahari tinggi baru saya boleh mengangkat kepala dan gagahkan juga bersiram dan sarapan. Suami hanya mampu rasa simpati dan memberi kata semangat. Bersyukur juga saya tiada alahan lain selain kepenatan melampau ini.
Kepada kalian yang punya pengalaman pasti ada petua.
Apakah petuanya? Mungkin boleh dikongsi bersama...