Wednesday, October 08, 2008

Edisi Tak Puas Hati

-Puan M-


Semenjak dia masuk ke jabatan ini
hati memang tidak pernah rasa tenang dengan setiap tindak tanduknya.
Setiap tugasnya pasti akan diserahkan kepada pegawai bawahan.
Paling teruk, dia tidak akan menjalankan tugas yang tiada kepentingan
kepada dirinya tetapi tugas itu amat penting bagi bahagian dan jabatan.
Sangat mementingkan diri dan terlalu runcing jarinya apabila menuding.
Tiada siapa yang betul dan sempurna melainkan dirinya.

Oh! Cukup sakit hati ini tatkala dia begitu lantang memarahi atau menegur
Pegawai atasannya. Ya, saya ulang, PEGAWAI ATASAN iaitu pengarah kanan bahagian.
Sedangkan dia hanyalah pengarah seksyen di bahagian pengarah kanan itu.
Bukankah itu terlalu kurang ajar? Dan lebih menyedihkan dia suka melakukan
perkara itu di depan kakitangan bahagian.
Kasian sungguh Pengarah Kanan itu.
Bukan sekali tetapi acap kali!
Bagi Puan M, tidak kira orang itu lebih tinggi pangkatnya, sepangkat atau lebih
rendah, semuanya akan ditegur dengan kelantangan suara di depan umum.

Hari ini, hati sangat tersentuh apabila rakan sejawatan dimarahi gara-gara
tidak menjawab panggilan telefon bimbit darinya.
Wahai Puan M, telefon puan menggunakan postpaid dan kami di bawah ini
menggunakan prepaid! Talian prepaid selalu meragam.
Diarahkan rakan ini memeriksa senarai panggilan masuk, kononnya dia menelefon
berkali kali tapi rakan ini tidak menjawabnya.
Bagi saya, telefon bimbit adalah kepunyaan peribadi dan jangan sentuh peribadi
orang! Lain lah jika telefon bimbit itu diberikan oleh jabatan untuk
tugas tugas rasmi!
Kasihan rakan ini, dimarahi di depan kami. Tidak bolehkan dia memarahi atau
menegur kakitangannya di biliknya sahaja tanpa pengetahuan kami yang lain??
Tiada belaskah dia?

Huh~! Semoga satu hari nanti keaiban ini akan kembali kepadanya dan lebih dahsyat
lagi!




:: kepada eza, sabar na... ::

6 comments:

Anonymous said...

sabar lah yek ...
dugaan dalam kerjaya..
langit tak selalu cerah ...

namun kita ni org bawahan terpaksalah menerima aje... tapi sampai bila ??? ......... SABAR...ALLAH AKAN MEMBALASNYA...
K.
selamat maju jaya ...buat dek aje..

from... "LiNn2202"..sarawak.

eZa said...

thanx for the entry za... bengang tul sy td. tp buat kewl je la kan coz dh tau mmg pale bengong dia tuh! isk! buat tambah dosa je tau dia tuh. xde tolerate lansung! ikot pale dia je.. isk!

buku lom temu ruas tuh... hope ade la 1 day nnt ;)

HazlisaNoor said...

Puan M dengan Puan A ni macam samer jer bengong dia..patutla dulu tak bleh bersama..

basikal.tua said...

biasa la tu za.. ingat tak cita pasal makchik gumuk kat office ktorg tu... haa..mcm tu la attitude dia.. hurm..but wht to do.. people like them mmg mcmtu..
sabar jak la..
take care tau..
xoxo

Anonymous said...

ya Allah! Edisi citer ape yg aku tertinggal ni...eza kena marah? Biler? sian eza...ehem! Satu je Eza, jgn pedulik dia tuh assume she's not exist at ALL..even hakikat nyer hehari kita kena ngadap dia....penat la layan dia tuh! She's a good pretender u know and just play like she play...talam dua mukeee

Anonymous said...

owhh!! 24jam x bukak blog.. rupanya ramai yg komen.

Lin,
mmg tgh sabar. tp kesian kt member sorang nih.. sesuka ati je dia nk buli.

Eza,
sy bengang utk awk. mmg dahsyat tul lah dia tuh.

kak ija,
sama je 2 org tu.. nyampah i!

alice,
mana² pun mesti ade karektor cam nih kn?
hypertensi woo!

lill,
erk?! talam 2 muka??
baru ku tahu...