Sunday, June 22, 2008
'Dia' datang lagi.
Pagi tadi pergi klinik kerana tidak tahan batuk yang menyerang selama seminggu.
Aku mengadu, "saya batuk sampai penat!" dan doktor itu tersenggeh sambil berkerut dahi, "penat?". "ya, macam orang lari 1000 km", jawabku, doktor angguk kepala.
Setelah bersoal jawab dan diperiksa doktor kata "nih semput. 'dia' datang lagi. lepas ni kurangkan berada ditempat sejuk dan jangan tidur dengan kipas angin yang kuat."
Aku mengalah dan hanya mengiakan kata-katanya.
Apa yang boleh ku katakan, ini hujung minggu yang me'lelah'kan!.
Kepada yang punya anak yang berpenyakit sepertiku lebih parah jika ia diperingkat ke-3 (tapi aku diperingkat pertama).. mesti tahu seksa sengsara menjaganya.
kalian memang ibu bapa yang tabah.
Posted by
cItoNg
3 comments:
hi za..lama xjmpa kan? hmm dgr2 ada org nk mkn nasi minyak dlm ms terdekat ni. betul ke? huhuhu
hai dear..
ha ah. lama tak jumpa kan.
hehehe.. minta maaf laa saya tak boleh makan nasi minyak sebab ramuannya ada minyak sapi. saya alergik.
tapi saya jemput awak makan nasi serai kat umah saya 3 ogos nnt.
datang ya..
kalau batu anda tidak sembuh dgn ubatan dari klinik...cuba cara ubat tradisonal yg nenek moyang ajar...cuba cari MADU LEBAH ASLI...minum sesudu teh (waktu pagi)dan jgn mengambil sebarang minuman untuk beberapa minit(jgn minum sebarang minuman yg bergas/kabanat/atau yg memabukkan...amalkan setiap pagi)...cuba ye...
Post a Comment