Friday, May 29, 2009

Epal Ba' Kelalan


ADA teman wartawan yang berkunjung ke Ba’ Kelalan memberitahu sedih pada hari terakhir meninggalkan tanah tinggi di Sarawak bersempadan dengan Kalimantan itu.

Agak asing pada pendengaran, pada ketinggian 3,000 meter (m), ia menjadi satu-satunya lokasi di negara ini epal tumbuh subur.


Penduduknya adalah kaum Lun Bawang dengan populasi sekitar 1,500 orang, majoriti beragama Kristian dan ramah dengan pelancong.

Tanpa liputan telefon selular, apa yang ada hanya satu telefon awam menjadi saluran penghubung untuk kecemasan antara komuniti ini dengan dunia luar.

Bekalan airnya disalurkan terus dari anak sungai di pergunungan. Kuasa elektrik, walaupun percuma, tetapi agak terhad kerana dijana menerusi teknologi mikro-solar.

Perjalanan ke Lawas, bandar terdekat dengan penempatan tanah tinggi ini kira-kira 170 kilometer (km) memakan masa perjalanan antara enam jam dan tiga hari.

Perasaan bercampur baur itu bagaimanapun terus hilang apabila melihat keindahan landskap hutan pergunungan di pedalaman Sarawak sepanjang perjalanan 45 minit dari Miri.

Tambah menarik apabila pesawat kecil Maswings Twin-Otter itu turut melewati puncak tertinggi Sarawak iaitu Gunung Murud (2423 m) dan Batu Lawi, setinggi 2046 m.

Cuaca nyaman pergunungan dan alunan muzik tradisional dari Bamboo Band, masyarakat Lun Bawang menyambut kedatangan kami sempena Fiesta Epal Ba’ Kelalan.

Benar apa dihebahkan, penduduk di sini amat mesra bertanyakan khabar sambil menghulurkan tangan bersalaman membuatkan penulis rasa dihargai.

Kaum lelaki yang segak dengan jaket daripada kulit pokok hutan dan topi ala koboi atau ibu yang dibaluti kebaya Jawa lengkap dengan perhiasan kepala peta serta lilitan pinggang dipanggil bane.

Layanan mesra dengan senyuman tulus itu terus menemani kami untuk tiga hari berikutnya.

Pagi pertama, kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Buduk Bui untuk melihat pemerosesan garam Ba’ Kelalan secara tradisional.

Sehingga kini, ada tiga lokasi utama lubang garam di Ba’ Kelalan iaitu telaga air masin yang diusahakan secara bergotong-royong iaitu di Buduk Nui, Punang Klalan dan Sungai Kumat.

Baru Itang yang mengambil giliran menghasilkan garam itu berkata, penduduk menggunakan garam komersial berikutan penghasilan garam tradisional agak merumitkan.

“Garam ini perlu dimasak dalam kawah selama 24 jam dengan api marak untuk menyejatnya bagi menghasilkan hablur garam,” katanya.

Pengunjung berpeluang membeli garam yang dipercayai mengandungi mineral yang tinggi ini pada harga RM10. Jika di bandar seperti Miri, harganya mencecah RM25.

Ketika kunjungan, kami turut dihiburkan persembahan tarian kaum ibu selain demonstrasi pembuatan sarung parang dan perhiasan tradisional.

Hidangan yang disajikan cukup menarik dengan ayam yang dimasak dalam buluh, nasi kampit dalam daun pokok hutan selain emping daripada beras adan.

Budaya masyarakat ini turut kami hayati apabila singgah di Buduk Bui yang membawa makna puncak angin, gong di palu di atas bukit sebagai cara komunikasi kepada penduduk di sekitar lembah.

Berjalan merentasi Lati’ Ba atau sawah padi membawa kami ke Long Langai mencatatkan pengalaman manis apabila berpeluang melihat tradisi ‘ngelidik’.

Ia adalah kerja membersih dan membajak sawah sebelum menyemai anak padi yang lazimnya dilakukan mulai Mei, sebelum musim menanam sekitar Julai atau Ogos.

Uniknya, kerja ini dilakukan pasukan ‘musang’ iaitu ahli kampung terpilih yang dilantik atas semangat gotong-royong.

Dari sini, kami dibawa menjejak denai ke hentian terakhir di Long Rusu, kampung yang menempatkan gereja, sekolah rendah dan padang awam.

Sebelum sampai di hentian terakhir ini, kami dihidangkan dengan jamuan teh dalam gelas buluh. Pada tahap ini, peserta turut merasai umbut daripada pokok hutan yang baru ditebang.

Menariknya, teh disimpan dalam batang buluh panjang ini turut dijamu kepada ‘musang’ selepas mereka bertungkus- lumus mengerjakan sawah.

Dek menempuh perjalanan panjang dan beberapa kali dijamu, perut tidak dapat menerima beras adan apabila waktu menghampiri lewat petang.

Hari berikutnya, kami melawat kebun epal yang dianjurkan Tourism Malaysia.

Mungkin bukan langkah kanan, hasil kebun ini hanya dijangka masak pertengahan bulan depan.

Alang-alang sudah sampai, masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar di kebun epal.

Ratusan pohon epal ini meliputi empat jenis iaitu Rome Beauty, Granny Smith, Anna dan paling popular, Ba’ Kelalan atau nama asalnya, Mana Lagi.

Menurut Pengarah Borneo Jungle Safari, Sandra Mugal Tagal, jika datang kena pada masanya, perut akan sebu disumbat pelbagai juadah berasaskan epal selain menikmati hasil buah yang mencecah hampir satu tan.

Pagi terakhir di sini, kebanyakan wakil media bangun seawal 5.30 pagi semata-mata untuk mendaki trek sejauh 700 meter untuk ke titik pandang, Sarui Viewpoint.

Perjalanan menempuh tebing cenuram ternyata berbaloi apabila dapat merakamkan Budur Nur dalam cuaca berkabus walau digigit sejuk udara pergunungan.

Ada rakan menyamakan udara dingin seperti New Zealand dan landskap semula jadinya seperti Switzerland.

Namun, mereka yang pernah menjejakkan kaki ke sini pasti bersetuju tiada lagi destinasi lain di negara ini memiliki apa yang ditawarkan di Ba’ Kelalan.





Sumber : harian metro

Tuesday, May 26, 2009

Khasiat Epal Hijau

Tahukah anda, Malaysia kini mempunyai ladang epal hijau?
Mungkin ada yang menjawab - tentulah ada di Cameron Highlands!
Tapi, adakah anda tahu bahawa epal hijau juga turut ditanam di Sarawak?
Ya, pada masa kini, epal hijau juga turut ditanam di Ladang Kampung Buduk Nur, Ba Kelalan di Sarawak. Ladang yang luasnya 10 hektar ini diusahakan oleh suku kaum Lun Bawang atau dikenali sebagai Orang Gunung.

Epal hijau kaya dengan zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat.



Berikut adalah beberapa kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.


4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau
sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan
rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.








Sumber : mysantaicafe.blogspot.com
Foto : redtarantula.fotopages.com

Thursday, May 21, 2009

tag dan tag

Saya kena tag yang sama oleh 2 orang, cengko dan gadis selatan dimana perlu menggunakan PhotoFunia... alahai.
Memandangkan ditag perkara yang sama oleh 2 orang ini maka saya letak 2 keping photofunia tapi jawapan adalah sama bagi setiap soalan.




1. Do you thing you are HOT?
HOT? saya hot ke? tapi memang kadang² badan rasa hot... hehehe biasa laa ibu mengandung!

2. Why do you like this picture?
pertama: berangan nak jadi peserta Wipeout cam kat chanel AXN tapi gambar tu sebenarnya masa saya ikut aktiviti whitewater rafting
kedua: ni pun edisi berangan gak.. berangan jadi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.. hehehe ni gambar masa bersanding tahun lepas.

3. When was the last time you ate pizza?
kalau tak silap masa kandungan saya dalam bulan ke-4

4. The last song you listen to?
Apa dah jadi oleh SM Salim... si azri yang dok sebelah meja saya pasang lagu, jadi layan je la..

5. What are you doing right now besides this?
layan lagu si azri sambil monitor data entry kat sistem..

6. What name you prefer besides yours
Noor Zalizah (nama penuh), zaliza, za (kebanyakkan akan panggil saya dengan singkatan ini), iza (mertua dan orang² tertentu), kak nong (panggilan di rumah), nong (saudara-mara), kak long (jiran), Cik Nong (anak² saudara), Mak Long (Nina), citong (blogger)

7. People to tag

1. alice
2. kak yan
3. lynn sarawak
4. itu je kot....

8. Who is no 1?
kenal dia 9 tahun yang lalu. kawan baik masa dok nun jauh kat pulau mahsuri. asal dari negeri di bawah bayu. chomey orangnye.

9. No. 3 is having relationship with?

dengan hubby dia laa... skang dah nak masuk 2 anak dia.

10. Say something about no. 5?

takde yang ke-5... maap la

11. How about no. 4?

yg ni pun sama .. nombo sampai 3 je

12. Who is no. 2?
owhh kenal dia 4 tahun dulu masa dia masih satu opis lagi pastu kene transfer sebab naik pangkat. Ibu kepada sepasang anak yg comel cam anak cina.. hehehe

13. Others?

cukup cukup lerr tu..






ok.. dah selesai.. :D

Wednesday, May 20, 2009

Mungkinkah?

atau




Saya dan suami mengambil keputusan untuk tidak mengimbas jantinanya.
Hanya menanti kejutan yang akan tiba...

Tuesday, May 19, 2009

Nina dan Pak Long


Pak Long : Nina, jom amik gambar ngan pak long?
Nina : tak mo la.. nina dah penat. jom laa kita balik.
Pak Long : Nina nak balik mana?
Nina : nina nak balik umah nenek..
Pak Long : rumah nenek mana?
Nina : umah nenek pee jay... jom la..
Pak Long : Nina penat ke?
Nina : ha ah.. penat.



Pak Long : ala... kita amik satu gambar je... boleh la.
Nina : tak mo..
Mak Long : Nina, pandang kamera...
Nina : Nina tak mo laa...
Pak Long : Za, awak amik je la.. tak pe..
Nina : Jangan amik gambar nina! tak baik tau....




Pak Long : alahai.. nina ni tak sporting la..
Pak Long : Kita amik gambar satu je... Nanti nina dah balik perak tak jumpa pak long lagi..
Nina : amik gambar satu je?
Pak Long : iye..
Nina : okey lah!
Nina : Mak long... pishhhhhhhhhhh..... hihihi



Monday, May 18, 2009

Bila Suami Mengidam

Ketika sedang enak menikmati sarapan dihari minggu, tiba-tiba...
"Yang, awak pandai tak masak bubur kacang hijau?", terpancul soalan darinya.
"err... pandai. Tapi owang tak suka makan bubur kacang", jawab saya.
"Petang ni awak masak bubur kacang ye..?", pintanya.
"Abang mengidam eh?", soal saya.
"Mane ade!!", pintasnya dengan cepat.
"hehehe... sepanjang owang preggy abang banyak kali sebut pasal bubur kacang. Cuma ari ni je baru mintak masakkan... hehehe", seloroh saya.
"tak.. tak.. mane ade....", sangkalnya lagi dan lagi.




Sebenarnya nak masak bubur kacang bukannya susah sangat tapi memandangkan ianya bukan kegemaran saya jadi saya hanya memasaknya bila ada permintaan.

Mula-mula kacang direndam. Kemudian direbus sehingga empuk bersama secubit garam.
Selepas itu masukkan santan dan gula melaka atau gula perang. Masak sehingga sebati dan kemudian hidang. Terpulang pada selera ada yang gemar menikmatinya ketika panas dan ada juga yang suka ketika sejuk.

Friday, May 08, 2009

Untuk Emak Dan Mama..

juga untuk semua yang bergelar IBU ...





Monday, May 04, 2009

Semoga Bahagia.

Ucapan di tujukan kepada sepupu saya, Ida Hani & suami,
rakan sejawat, Mahluddin & Siti Hawa,
juga sahabat lama, Zaharen & Shara.




Donut Oh Donut!

di dalam mangkuk....



di atas dulang....



di dalam kuali....




dan di hidang bersama milo ais.....



ingin resipi?
resipi asal dari internet
dan terlupa siapa empunya..
jadi maaf, tidak dapat saya tampal di sini.
Cuma satu,
selamat menjamu 'mata'..!