Friday, March 27, 2009

How well i know my husband

Tag by eza

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?
anime... football... badminton... csi...

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
hanya makan salad kalau saya yang serve dan mesti ada thousand islands..

3. What's one food he doesn't like?
lauk yang masam.. dan hasil tenusu kecuali cheesy wedges

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
limau suam dan ais kosong. 2 tu memang wajib.

5. Where did he go to high school?
Sekolah Menengah Batu Kikir (STPM)

6. What size shoe does he wear?
saiz 6 (chomel je..)

7. If he was to collect anything, what would it be?
anime.. anime.. anime... and songs

8. What is his favorite type of sandwich?
telur dan sardin

9. What would this person eat every day if he could?
hahaha... nasi. wajib!!

10. What is his favorite cereal?
abang makan cereal? cam pelik je...

11. What would he never wear?
skirt... :p

12. What is his favorite sports team?
Arsenal

13. Who did he vote for?
tak pernah pun dia cakap sesapa...

14. Who is his best friend?
err..... malik, cacing, hendra, alang, jai, chip.... itu antara nama yang selalu dia sebut, jumpa dan call

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
errr... takde la..

16. What is his heritage?
pure minang

17. What is his favourite colour?
maroon

18. What is his habit?
cabut bulu kasar kat pipi terutama masa tgh tengok tv dan driving

19. What is he proud of?
papa to be... (dia sangat teruja)

20. Lastly, do you think he will read this?
oh tidak! 10 kali kasi add blog ni pun dia tak bukak jugak
dia tak layan blog.... huhuhu

So i'm tagging:
kak ija, kak yan dan lilli

Khasiat Madu

Sudah seminggu batuk saya pulih tetapi semalam dia datang lagi.
Ditambah dengan kelesuan melampau, saya tidak mampu untuk bekerja.
Akibatnya semalam, saya terpaksa mengambil cuti.

Bagi mereka yang hamil mengambil ubat batuk amat tidak digalakkan,
jadi semenjak saya diserang batuk saya hanya mengamalkan madu lebah.
Banyak khasiat madu lebah. Tapi awas, madu lebah asli sahaja yang
terbukti berkesan dan berkhasiat. Dari pengalaman saya, madu lebah tidak
akan ada semut atau serangga lain yang menghampirinya dan tidak akan
beku atau berketul pada suhu bilik.

Dalam al-quran pun ada menyebut kebaikan madu, bunyinya lebih kurang begini...
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “ buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan ditempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan” (An-Nahl: 68-69)

Di sini saya ingin berkongsi khasiat madu lebah. Tetapi saya lupa dari mana asal sumbernya.


KHASIAT MADU ASLI



A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.


B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.


3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.


4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.


5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)


6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.


CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.


KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.

SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.


MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.


KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.


C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.


D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.







** saya mengamalkan madu dari Iran atau Australia kerana rasanya lebih sedap dari madu tempatan. **

Wednesday, March 25, 2009

Semalam dan Harapan

Mungkin harapan saya terlalu tinggi..
terlalu mengharap..
apabila ia musnah,
saya kecewa.. saya luluh.
Sebelum ini saya selalu mengingatkan diri..
usah terlalu menggunung berharap,
tetapi dek kerana emosi menguasai diri..
akibatnya saya hampa.
Ya, sangat hampa!
Usai berita itu saya terima semalam,
hilang terus ghairah bekerja..
dan hari ini saya menoleh hari semalam,
benar dan memang benar..
emosi saya tidak lagi sekuat dahulu
hanya kerna harapan yang musnah.
Saya perlu cari kekuatan,
saya perlu kuat kembali.
Ya, saya mesti kuat!!

Monday, March 23, 2009

Sambutan hari ini...



Lupakan sebentar tentang pemilihan UMNO..
Lupakan sebentar tentang pilihan raya kecil di sana, di sana dan di sana..
Lupakan sebentar tentang kecelaruan politik semasa..
Lupakan sebentar tentang kegawatan ekonomi dunia..
Ayuh!
Ayuh kita dongak langit..
Adakah esok akan lebih cerah dari hari ini?
Adakah air akan lebih jernih dari keruh?
Adakah udara akan lebih segar dari jerebu?
atau
adakah dunia akan lebih sihat dari sakit??



Kepada semua..
saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Meteorologi Sedunia.

Friday, March 13, 2009

Nina dah dapat adik!

"Hujung minggu lepas atuk, mama ie, pak long ngan mak long datang umah nina.
Sian mak long sampai bengkak kaki dia sebab travel jauh. Nina tak tido, bila atuk sampai pun nina tak tido lagi. Mama ie cakap nina makin montel!"


"Ini pak long nina. Masa ni nina ikut pak long jalan-jalan kat pantai teluk batik. Nina suka ikut pak long jalan-jalan. Kalau nina jalan ngan pak long, orang ingat nina anak pak long. Pak long pandai buat lego, nina suka pak long buat senapang dengan lego. Ayah tak pandai buat lego cam pak long...."



"mak long ngan mama ie selalu belikan nina barang. Mama ie suka beli baju untuk nina, baju tido la.. gaun laa.. kasut laa.. tapi selalu cukup² saiz atau tak cukup saiz! badan nina memang cepat besar... mak long pulak suka belikan nina permainan atau barang yang pelik². Dia beli coloring book dengan color pencil tapi nina tak pandai tulis lagi... pastu mak long belikan nina puzzle besar, nina tak pandai main puzzle. Mak long belikan nina doremon comel yang ade bell besar tapi patung kucing yang mak long kasi dulu memang besar.. lagi besar dari nina!"




"Sejak alya lahir nenek dok umah nina. nenek mandikan alya dalam besen. Nina pun nak mandi dalam besen jugak! Nenek buat susu untuk alya..nina pun nak susu jugak! malam² nina tido dengan nenek sebab ibu tido dengan alya."




"Ini lah mama ie nina... mama ie belikan eskem masa jalan-jalan kat teluk batik. tapi bila nina mintak naik kete mainan yang gerak² tu mama ie tak kasi tapi mama ie belikan nina ball purple."



"mak long dukung alya... mak long selalu cakap kat nina dia nak pinjam alya bawak balik kl... mana boleh!!"



"masa nina baby, mama ie langsung tak mo dukung nina. mama ie takut sebab leher ngan kepala baby lembik. tapi dengan alya mama ie berani laa pulak.. tak aci tau :( "




"masa pak long dukung alya, alya diam je... suka laa tuh pak long dukung! ishhhk.. nina nak ikut pak longgggggggg...!!!"





"nina ngan alya bergambar dengan mak ngah dari gopeng. nina selalu tipon mak ngah tapi nina nak cakap ngan kak qilah je... selalunya kalau famili mak ngah datang diorang mesti mandi kat pantai teluk batik tapi kali ni diorang tak mandi sebab pak ngan dah nak exam... sian diorang tak dapat mandi laut. nina tak berani mandi laut pun......"

Friday, March 06, 2009

Peribahasa IV

"Ibarat telur sesangkak,
pecah satu pecah semuanya"
maksud: muafakat sehidup semati
dan kesetiaan yang tidak berubah










Saya rasa cukup sampai di sini contoh peribahasa yang ingin saya kongsi bersama.
Ini adalah contoh-contoh nilai dalam masyarakat kita. Lihat sahaja apa yang terjadi hari ini.
Sangat menyedihkan. Tiada lagi harmoni. Semoga Malaysia kembali aman sejahtera.

Thursday, March 05, 2009

Peribahasa III

"Seikat bagai sirih,
serumpun bagai serai"
maksud: bersatu padu dalam segala hal







Peribahasa II





"Isi lemak dapat ke orang,

tulang bulu pulang ke kita"
maksud: orang lain dapat senangnya,
kita pula dapat susahnya"