Wednesday, February 18, 2009

Bedak Talkum?

Bedak talkum undang maut?


Oleh NURUL HUDA HASSAN
Utusan Malaysia
18 Februari 2009




PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.







** di Malaysia ada ke bedak yang dibuat daripada tepung jagung atau tepung beras?
** kalau ada, boleh sesiapa bagitau apakah jenamanya?

10 comments:

eZa said...

sy mmg x suke gune talc on 2N. bdk ni pon leh buat batok & sesak napas. marah betul sy kalau find out diorg main bedak. hep!

mm dh anak 2 tp sy x pnh pon tau psl kewujudan bedak berasaskan tepung jagung / beras. hehehe

puteri bulan said...

alamak...mcm2 lah..ari tuh susu, nih bedak plak...ann nih da lah mmg suke pakai bedak kat bdn, klu tak pakai tak selesa...camne nih...takkan nak sapu tebung jagung lak..kang bersemutla plak..mane nak cr bedak nih...

citong said...

za mmg x suka pakai bedak talkum, mmg akan batuk atau bersin.
patut laa masa kecik mak selalu guna bedak sejuk yg dh tumbuk... sbb bedak sejuk kan dibuat dari beras :)
ann, cuba search kat internet pasal bedak free-talc.. mesti ade alternatif lain punye. tp setau za semut x minat kt tepung jagung :)

en_me said...

bedak ketiak vollee ghitewww.. ehehe

cengko said...

pakai tepung gandum yolas.. kalo ada lebih buat cokodok ke, cucur udang ke... leh bawak opis...

citong said...

en. me itteww memang laaa kelakar!

oh cengko! mu ngidam cucur udah ke??

Anonymous said...

Gerun kan bila baca ni.. Ekceli mmg ada jual bedak yang pure dari tepung jagung dari jenama Pureen. Nak tau tengok kat botol tu ada tulis "PURE CORNSTARCH"

ai said...

Salams..

ada satu bedak talkum dari tepung jagung. Jenama Baby Cinta. NIe ada sket info tentang bedak tu.
Bedak Baby Cinta
•Bedak ini dirumus khas dengan kanji jagung yang dapat menyerap lembapan berlebihan untuk melindungi kulit bayi, mencegah kulit bayi dari melecet ,mencegah kegatalan akibat lembapan lampin
•Mengandungi juga Aloe vera sebagai astrigen untuk melegakan dan melindungi kulit bayi supaya bersih dan selesa.

eddreenal said...

betul ka ai tu....saya pun dah jumpa bedak yg ada cornstarch ni...BABY CINTA namanya. Keluaran ZHULIAN MARKETING SDN BHD. Bedak yg berteraskan kesihatan.Yang tu untuk baby...org tua pun boleh pakai jgk.ZHULIAN pun ade keluarkan bedak untuk org dewasa lelaki dan perempuan.NAMAnya ASAHO.Bau pun wangi...Yang lelaki punya bau mcm dashing...

chykeen said...

ada tepung jagung..lau tak silap johnson and johnson...adela tp ..jemana yg biasa baby pakai..pernH DAAPT PERCUMA DULU2..