Wednesday, January 28, 2009
Roselle : Dari Pasu Kecil Di Teratak Sepi
Pengenalan
Famili: Malvaceae
Nama Melayu: Asam Paya
Nama Lain: Hibiscus Sabdariffa L., H. Sabdariffa varaltissima, Rozelle, Red Sorrel, Sour-sour, Lemon bush, Florida cranberry, Oseille rouge (Perancis), QuimbombÓ Chino (Sepanyol), Karkadé (Afrika Utara), Bisap (Senegal).
Penerangan
Dahulunya merupakan tumbuhan herba yang ditanam di sekitar laman kediaman sebagai pokok hiasan. Namun kini penanamannya mula dikomersialkan. Berdaun hijau berurat warna merah yang bersaiz dalam lingkungan 7.5 cm sehingga mencecah 12.5 cm. Bunganya berwarna kekuningan dan kelopaknya boleh dimakan. Tumbuhan istimewa ini boleh hidup subur dan ketinggiannya menjangkau 4.8 meter tinggi.
Kegunaan
Tumbuhan herba ini didapati mampu berfungsi sebagai bahan antiseptik, penambah syahwat, pelawas, agen astringen. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi menangani penyakit seperti batuk, ketidakhadaman, lesu, demam, tekanan perasaan, gusi berdarah (skurvi) dan rawatan penyakit hati selain itu ia juga dilaporkan digunakan untuk merawat penyakit barah. Bunga roselle banyak digunakan untuk pembuatan jus, sos, sirap dan juga sebagai bahan pewarna pada makanan.
Ekstrak daripada kudup bunganya ditemui mampu memberi kesan antispasmodik (penahan kekejangan), antihelmintik dan antibakteria. Selain itu ia telah didapati mampu menurunkan kadar penyerapan alkohol dan mengurangkan kesannya dalam sistem tubuh badan. Remedi yang mengandungi jus roselle dengan garam, lada hitam dan molasses (sejenis bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat Afrika Timur) dikatakan mampu merawat penyakit biliousness (sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata).
Daun tumbuhan herba ini juga boleh digunakan untuk merawat pecahan pada kaki manakala losyen yang dihasilkan dari daunnya digunakan untuk merawat luka, jangkitan kulit dan gigitan serangga.
Di India, biji Roselle diberikan kepada pesakit bagi merawat penyakit kulit, kekurangan darah dan kes-kes ringan bagi ketidakupayaan mental atau fizikal dan ketidakhadaman makanan.
Bahagian bermanfaat
Bahagian: Bunga, daun dan biji
Bahan aktif: Gossy peptin, anthocyanin dan glucoside hibiscin (terkandung dalam bunga)
Sumber: http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/roselle.html
Posted by
cItoNg
2 comments:
cantiknyer pokok awak...da berbunga eh...pokok ann tak berapa menjadi sebab tak berjaga...yelah tinggalkan seminggu kat umah tak berjaga...cam nak mati je dah...tak leh jadi nih...raser tercabar nih...
hehehe...
masa transfer ke pasu cam takut je dia x hidup..
try teknik tanam mcm kt bengkel lanskap dulu... cuma blom letak baja lagi. transfer dlm pasu masa tahun baru.. gambar bunga ni kembang masa raya cina.
rasa seronok lak. cam nak semai benih yg ayah kasi laaa ann.. tp kene cari polibeg dulu :p
Post a Comment