Thursday, January 29, 2009

GENG!!


Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan Geng The Movie.
Menemui kalian pada 12 Februari ini di pawagam.
Untuk maklumat lanjut layarilah www.gengthemovie.com


Wednesday, January 28, 2009

Roselle : Dari Pasu Kecil Di Teratak Sepi







Pengenalan

Famili: Malvaceae

Nama Melayu: Asam Paya

Nama Lain: Hibiscus Sabdariffa L., H. Sabdariffa varaltissima, Rozelle, Red Sorrel, Sour-sour, Lemon bush, Florida cranberry, Oseille rouge (Perancis), QuimbombÓ Chino (Sepanyol), Karkadé (Afrika Utara), Bisap (Senegal).

Penerangan

Dahulunya merupakan tumbuhan herba yang ditanam di sekitar laman kediaman sebagai pokok hiasan. Namun kini penanamannya mula dikomersialkan. Berdaun hijau berurat warna merah yang bersaiz dalam lingkungan 7.5 cm sehingga mencecah 12.5 cm. Bunganya berwarna kekuningan dan kelopaknya boleh dimakan. Tumbuhan istimewa ini boleh hidup subur dan ketinggiannya menjangkau 4.8 meter tinggi.

Kegunaan

Tumbuhan herba ini didapati mampu berfungsi sebagai bahan antiseptik, penambah syahwat, pelawas, agen astringen. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional bagi menangani penyakit seperti batuk, ketidakhadaman, lesu, demam, tekanan perasaan, gusi berdarah (skurvi) dan rawatan penyakit hati selain itu ia juga dilaporkan digunakan untuk merawat penyakit barah. Bunga roselle banyak digunakan untuk pembuatan jus, sos, sirap dan juga sebagai bahan pewarna pada makanan.

Ekstrak daripada kudup bunganya ditemui mampu memberi kesan antispasmodik (penahan kekejangan), antihelmintik dan antibakteria. Selain itu ia telah didapati mampu menurunkan kadar penyerapan alkohol dan mengurangkan kesannya dalam sistem tubuh badan. Remedi yang mengandungi jus roselle dengan garam, lada hitam dan molasses (sejenis bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat Afrika Timur) dikatakan mampu merawat penyakit biliousness (sejenis penyakit yang berkaitan dengan mata).

Daun tumbuhan herba ini juga boleh digunakan untuk merawat pecahan pada kaki manakala losyen yang dihasilkan dari daunnya digunakan untuk merawat luka, jangkitan kulit dan gigitan serangga.

Di India, biji Roselle diberikan kepada pesakit bagi merawat penyakit kulit, kekurangan darah dan kes-kes ringan bagi ketidakupayaan mental atau fizikal dan ketidakhadaman makanan.

Bahagian bermanfaat

Bahagian: Bunga, daun dan biji

Bahan aktif:
Gossy peptin, anthocyanin dan glucoside hibiscin (terkandung dalam bunga)




Sumber:
http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/roselle.html

Friday, January 09, 2009

Palestin

El Suraya - Palestin

mayat-mayat terbujur di tepi jalan raya
orang tua yg uzur, anak-anak tak berdaya

pria dan wanita, gadis muda remaja
mereka turut gugur sebagai bunga bangsa

rakyat Palestine terus diancam oleh insan yang bengis
berbagai ragam tindakkan kejam yahudi dan falangis

palestine dibuat seperti binatang sembelihan
dibunuh disakiti tanpa belas kasihan

mereka tak peduli walau dunia mengecam
begitulah yahudi ganas, buas, bengis, kejam

inikah ciri bangsa yg mengaku beradab
merosak masjid aqsa dgn cara biadap

tengoklah suatu masa, pagi atau petang
balasan akan tiba, kutukan pasti datang

kepada manusia, Tuhan (ALLAH) telah katakan
insan menganiaya akan dapat kutukan

Palestin, Palestin, Palestin
roakallah






pernah dengar nasyid di atas?
kalian boleh mendengarnya di http://kembara-esq.blogspot.com/
semoga sengsara Palestin akan berakhir dengan segera... amin.














Tuesday, January 06, 2009

Kecoh?

Mungkin berita itu tersebar akibat permohonan yang saya buat semalam.
Akibatnya kedengaran sangat kecoh hari ini.
Saya sendiri tidak pasti permohonan itu sedang diproses atau tidak,
yang pasti ia seperti satu berita yangs sangat mengejutkan semua orang.

Maaf andai permohonan itu membuatkan kalian sedikit tersentak atau kalut.
Saya lakukan atas beberapa sebab seperti yang tertulis di kertas putih itu
tetapi sebab utamanya biarlah saya seorang sahaja yang tahu.

Memang sukar untuk saya buat keputusan ini, amat sukar. Walau apapun saya
percaya semua ini adalah juga yang tertulis untuk hidup saya.
Cepat atau lambat jawapannya saya tidak kisah. Pokoknya ini adalah yang
terbaik buat saya dan keluarga.