

Pagi tadi pergi klinik kerana tidak tahan batuk yang menyerang selama seminggu.
Aku mengadu, "saya batuk sampai penat!" dan doktor itu tersenggeh sambil berkerut dahi, "penat?". "ya, macam orang lari 1000 km", jawabku, doktor angguk kepala.
Setelah bersoal jawab dan diperiksa doktor kata "nih semput. 'dia' datang lagi. lepas ni kurangkan berada ditempat sejuk dan jangan tidur dengan kipas angin yang kuat."
Aku mengalah dan hanya mengiakan kata-katanya.
Apa yang boleh ku katakan, ini hujung minggu yang me'lelah'kan!.
Kepada yang punya anak yang berpenyakit sepertiku lebih parah jika ia diperingkat ke-3 (tapi aku diperingkat pertama).. mesti tahu seksa sengsara menjaganya.
kalian memang ibu bapa yang tabah.