Ramadhan kali ini
Sama seperti tahun lepas..
Hati emak masih pedih
Cuma dia lebih kuat lebih tabah..
Satu perkara yang merisaukan kesihatannya tidak mengizinkan
Katanya selalu sakit kepala.
Kelmarin bawa ke klinik..
Oh! Tekanan darah emak melonjak tinggi.
Kesian dia..
Ramadhan tahun ini
Berbeza sedikit
Bila abah semakin kurang bersuara
Dengan anak perempuan tunggalnya ini..
Adakah kerana janji² manis dia yang tidak tertunai?
Ah! Istilah ‘berdikari’ telah lama wujud dalam diri ini
Jarang sekali mengharapkan abah untuk dapat itu dan ini..
Kenape?
Ntah.. ntah la..
Ramadhan ini juga..
Rezeki adik²..
Seorang menambah asset
Seorang bertambah projek
Cuma seorang lagi dalam getar gementar peperiksaan.
Kalian harapan emak..
Api semangat emak..
Bulan Ramadhan ini
Mengingatkan kembali nostalgia
Berpuasa di Pulau Mahsuri.
Saat² meninggalkan pulau itu….
Jatuh pada Ramadhan.
Ketika itu terasa sangat sayu.
Apa khabar Lynn, Clay, Alice, Shasha, Kak nani, Achik,
Masnah, Baha, Zahrin, Salleh, Man, Black, Erix?
Semoga kalian sihat sejahtera dan bahagia hendaknya..
Bulan ini juga
Menerima kepulangan
Dino, Kak Zizah dan Yuzaimi..
Yang pulang dari kursus luar Negara.
Selamat kembali ke tanah air.
Selamat bertugas kembali.
Dan Ramadhan ini
Memberi sinar baru kepada Lilli..
Kenape?
Kerana dia…
‘Saudara Baru’.
2 comments:
kenapa ada tanye ape kabar erix? hmmm...
mesti tanya.. sbb dlm klik tu mesti ade nama dia...
Post a Comment