Ramadhan kali ini Sama seperti tahun lepas.. Hati emak masih pedih Cuma dia lebih kuat lebih tabah.. Satu perkara yang merisaukan kesihatannya tidak mengizinkan Katanya selalu sakit kepala. Kelmarin bawa ke klinik.. Oh! Tekanan darah emak melonjak tinggi. Kesian dia..
Ramadhan tahun ini Berbeza sedikit Bila abah semakin kurang bersuara Dengan anak perempuan tunggalnya ini.. Adakah kerana janji² manis dia yang tidak tertunai? Ah! Istilah ‘berdikari’ telah lama wujud dalam diri ini Jarang sekali mengharapkan abah untuk dapat itu dan ini.. Kenape? Ntah.. ntah la..
Ramadhan ini juga.. Rezeki adik².. Seorang menambah asset Seorang bertambah projek Cuma seorang lagi dalam getar gementar peperiksaan. Kalian harapan emak.. Api semangat emak..
Bulan Ramadhan ini Mengingatkan kembali nostalgia Berpuasa di Pulau Mahsuri. Saat² meninggalkan pulau itu…. Jatuh pada Ramadhan. Ketika itu terasa sangat sayu. Apa khabar Lynn, Clay, Alice, Shasha, Kak nani, Achik, Masnah, Baha, Zahrin, Salleh, Man, Black, Erix? Semoga kalian sihat sejahtera dan bahagia hendaknya..
Bulan ini juga Menerima kepulangan Dino, Kak Zizah dan Yuzaimi.. Yang pulang dari kursus luar Negara. Selamat kembali ke tanah air. Selamat bertugas kembali.
Dan Ramadhan ini Memberi sinar baru kepada Lilli.. Kenape? Kerana dia… ‘Saudara Baru’.