Wednesday, December 22, 2010

scammer?

1. Pernah tak dapat email dari seseorang kita tak kenal dan ayat email sangat kesian?

2. Pernah tak dapat email dari pengirim yang memperkenalkan diri sebagai ZALIZA SAID?

3. Tahu tak siapa dia?

4. Dia adalah SCAMMER.

5. Moral, jangan layan sebarang email dari individu yang anda tidak kenali.

6. Sumber DISINI

7. Sekian, terima kasih.




.

Wednesday, December 01, 2010

Senyum 2

lihat gambar dibawah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
















rasanya sudah lama saya tidak senyum sebegitu..
dan
saya inginkan aktiviti seperti di atas pada masa akan datang.
:)






p/s: foto di atas diambil pada bulan lepas bersama kawan2 pejabat untuk aktiviti island hoping, Di Pulau Langkawi.

Tuesday, November 16, 2010

Zulhijjah...




Salam Eidul Adha kepada semua....








.

Senyum

Silalah pilih senyum mana yang paling menawan....




Gambar 1




Gambar 2



Gambar 3



Gambar 4


Friday, November 12, 2010

BOSAN.

Saya sudah menghampiri bosan.
Ya, BOSAN melakukan perkara yang saya tidak suka.
Pada mulanya saya beranggapan akan menyukai dan menjiwainya
andai saya lakukan setiap hari.
Demi rezeki saya redah jua.
Dan kini motivasi saya semakin hampir penunjuk sifar
atas sebab² persekitaraan yang amat tidak menggalakkan...
Saban hari hati memujuk diri..
"sabar.. sabar.. sabarlah. Tahun semakin hampir penghujung!".



huh~! (keluh lagi)

Monday, October 25, 2010

Setahun telah berlalu...(2)

Ini gambar terkini aqilah dan ibu yang diambil semalam pada majlis makan malam sempena hari keluarga UPTM SUKNS di Ismah Resort, Pengkalan Balak, Melaka.
Aqilah kepenatan berkejar sana sini pastu minta air minum. Puas hati agaknya dapat "round the world" situ, tak duduk diam langsung!

Friday, October 22, 2010

Setahun telah berlalu..

Atas permintaan eza, saya tampal koleksi gambar aqilah saat menginjak setahun umurnya.






Semalam genap aqilah 15 bulan. Berjalan sudah, berlari sudah, naik turun tangga pun sudah.
Sudah pandai sebut "dah" (sudah) , "nyennyen" (nenen @ susu), "nak" (hendak), "nyah" (angah @ ayah) dan selebihnya bebelan yang dia sendiri paham.
Sudah pandai pakai topi sendiri tanpa senget (bab melaram ni memang ikut ayah dia!)
Sekarang sedang giat belajar makan dengan sudu, minum dengan cawan, berus gigi dan pakai kasut/sandal sendiri.
Selalu suruh ibu atau ayah atau nenek nyanyi lagu labah-labah dan dia akan menyanyi dengan isyarat tangan sambil mulut kumat kamit tak berbunyi. :)

.

Tujuh Bulan

Tujuh?
Tujuh Bulan???
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hehehe...
Lama tak saya mendiam??

Saturday, March 20, 2010

A.S.I

1. mula

2. Aqilah masih minum ASI (walaupun hanya 70% sehari)

3. Saya masih memerah ASI (walaupun hanya sekali dalam sehari)

4. ASI masih ada pada saya (walaupun tidak banyak seperti dulu)

5. ASI = Air Susu Ibu

6. tamat




alangkah bagusnya jikalau aqilah masih boleh bf sepenuhnya seperti bulan-bulan sebelum ini....


.

Alahai Citong...

sungguh tak sangka
buah cempedak dah jadi nangka.

apa?
kenapa?
siapa?

hehehe.. iklan je pantun 2 kerat tu.
cuma nak maklumkan, ada individu sedang menyiasat citong.
bukan saya, tapi citong!
silakan... cuma rayu saya, mohon tidak diceroboh citong saya ini.

Monday, March 01, 2010

Aqilahhh....NO!!!

si kecik ni memang selalu buat ibu cemas.
Sudah lah belum pandai duduk sendiri, merangkak pun baru setapak dua.
Alih-alih dah memanjat, lepas tu siap berdiri sendiri. Yang buat ibu makin cemas bila dia berani lepas satu tangan.. ya tuhannn.....
Umur baru 7 bulan tapi gaya macam dah 12 bulan!








Harap maaf gambar kurang berkualiti. Hanya menggunakan kamera telefon bimbit.





.

Tuesday, February 09, 2010

Aqilah dan Ayah

Ramai yang bila tengok/pandang aqilah akan terus cakap "muka sebiji cam ayah dia.."
huhuhu.. kalau begitu saya tempek gambar anak beranak tu di blog ni :D
saksikanlah..... aqilah dan ayahhhhhhh!!!



Wednesday, February 03, 2010

Bisu.

Hari ini hari ke-3 februari dan saya masih lagi membisu untuk blog.
Seperti sudah tidak punya perasaan lagi...
Kadang terlalu sibuk dan terkadang diselubungi malas.
Banyak yang ingin diperkata dan banyak juga yang ingin dikongsi bersama.
Tentang diri, tentang keluarga, tentang hati, tentang sahabat, tentang kerjaya dan segalanya.
Tetapi mulut bagai terkunci dan jari bagai terkaku.


Oleh itu, saya mohon maaf kerana terlalu lama membisu... maafkan saya.