Aqilah kepenatan berkejar sana sini pastu minta air minum. Puas hati agaknya dapat "round the world" situ, tak duduk diam langsung!
Monday, October 25, 2010
Setahun telah berlalu...(2)
Aqilah kepenatan berkejar sana sini pastu minta air minum. Puas hati agaknya dapat "round the world" situ, tak duduk diam langsung!
Friday, October 22, 2010
Setahun telah berlalu..

Semalam genap aqilah 15 bulan. Berjalan sudah, berlari sudah, naik turun tangga pun sudah.
Sudah pandai sebut "dah" (sudah) , "nyennyen" (nenen @ susu), "nak" (hendak), "nyah" (angah @ ayah) dan selebihnya bebelan yang dia sendiri paham.
Sudah pandai pakai topi sendiri tanpa senget (bab melaram ni memang ikut ayah dia!)
Sekarang sedang giat belajar makan dengan sudu, minum dengan cawan, berus gigi dan pakai kasut/sandal sendiri.
Selalu suruh ibu atau ayah atau nenek nyanyi lagu labah-labah dan dia akan menyanyi dengan isyarat tangan sambil mulut kumat kamit tak berbunyi. :)
.
Saturday, March 20, 2010
A.S.I
2. Aqilah masih minum ASI (walaupun hanya 70% sehari)
3. Saya masih memerah ASI (walaupun hanya sekali dalam sehari)
4. ASI masih ada pada saya (walaupun tidak banyak seperti dulu)
5. ASI = Air Susu Ibu
6. tamat
alangkah bagusnya jikalau aqilah masih boleh bf sepenuhnya seperti bulan-bulan sebelum ini....
.
Alahai Citong...
buah cempedak dah jadi nangka.
apa?
kenapa?
siapa?
hehehe.. iklan je pantun 2 kerat tu.
cuma nak maklumkan, ada individu sedang menyiasat citong.
bukan saya, tapi citong!
silakan... cuma rayu saya, mohon tidak diceroboh citong saya ini.
Monday, March 01, 2010
Aqilahhh....NO!!!
Sudah lah belum pandai duduk sendiri, merangkak pun baru setapak dua.
Alih-alih dah memanjat, lepas tu siap berdiri sendiri. Yang buat ibu makin cemas bila dia berani lepas satu tangan.. ya tuhannn.....
Umur baru 7 bulan tapi gaya macam dah 12 bulan!


Harap maaf gambar kurang berkualiti. Hanya menggunakan kamera telefon bimbit.
.
Tuesday, February 09, 2010
Aqilah dan Ayah
huhuhu.. kalau begitu saya tempek gambar anak beranak tu di blog ni :D
saksikanlah..... aqilah dan ayahhhhhhh!!!

Wednesday, February 03, 2010
Bisu.
Seperti sudah tidak punya perasaan lagi...
Kadang terlalu sibuk dan terkadang diselubungi malas.
Banyak yang ingin diperkata dan banyak juga yang ingin dikongsi bersama.
Tentang diri, tentang keluarga, tentang hati, tentang sahabat, tentang kerjaya dan segalanya.
Tetapi mulut bagai terkunci dan jari bagai terkaku.
Oleh itu, saya mohon maaf kerana terlalu lama membisu... maafkan saya.
Thursday, December 31, 2009
Pergi
pergi mengadap tuhannya..
dan semoga keluarganya tetap tabah, tegar dan redha.
Monday, December 07, 2009
Cak!!
Dalam majlis yang sama saya jumpa seorang ibu muda juga jiran saya. Sambil-sambil memperkenalkan anak kecil masing-masing. Aqilah berusia 4 bulan dan Najwa 2 bulan.
Berat badan yang sama. Antara dialog yang masih saya ingat...
Dia : Berapa berat aqilah?
Saya : 5 lebih..
Dia : Samalah dengan najwa..
Saya : owhh patut pun semangat.
Dia : Aqilah campur susu ke?
Saya : Tak. Susu badan lagi.
Dia : Tak campur lagi?
Saya : Belum.
Dia : Akak keje ke? (dengan muka pelik)
Saya : Keje..
Dia : Abis tu cam mana akak kasi susu kat dia? (dahi masih berkerut)
Saya : Perah. (sambil senyum-senyum)
Dia : Boleh ke macam tu?
Saya : Boleh je.... (dan penerangan ringkas cara-cara dan kaedah-kaedah EBM)
(saya tidak bertanya pula pada ibu najwa adakah najwa diberi FM atau BF. Saya tidak suka nak bertanya kerana setiap ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya. Tetapi bagi saya, BF adalah yang terbaik untuk Aqilah.
Berikut gambar terbaru aqilah. Maaf gambar kurang jelas hanya menggunakan webcam laptop sahaja.



ibu pegang mouse,
dia pun nak pegang mouse..
ibu tekan keyboard,
dia pun nak tekan keyboard..
aqilah sudah pandai meniarap.
sudah pandai merajuk.
sudah pandai masuk barang dalam mulut.
alahai.. cepatnya masa berlalu.
.
Monday, November 16, 2009
Rindu Aqilah?
Ibu Ann, Maklong Noora, Mama Eija, Mama Eza, Untie Lily, Untie Izah
dan juga pengunjung blog ini.
Aqilah sudah 3 bulan 3 minggu. Eidul Adha nanti genap 4 bulan.
Masih minum susu ibu sepenuhnya.
Dalam usaha meniarap sendiri sebab hanya akan mengiring bila dia mengamuk!!
*lama sungguh tak update.. saya minta maaf ye.. *
.
Tuesday, October 13, 2009
Susu Ibu vs Susu Formula
Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu
Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
- Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
- Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
- Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
- Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
- SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
- Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
- Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
- Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
- Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
- Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
- Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
- Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
- Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
- Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
- (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
- Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
- Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
- Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
- Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik untuknya.]
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.
Disalin dari : http://www.momschoice.com.my/blog/
Tuesday, October 06, 2009
.Baru.
Di daerah lain, tanah pepatih.
Segalanya perlu bermula dari bawah semula..
Kerja, persekitaran, pengalaman dan persahabatan.
..........
Bagi aqilah, tiada lagi nenek untuk mendodoi,
tiada nenek untuk memujuk,
diganti pengasuh bergelar ummi.
Di sana aqilah dikelilingi enam kakak seasuhan.
Saya bekalkan susu perahan dengan harapan
kasih tak putus.
..........
Kini rumah yang berbulan-bulan sepi itu
telah lengkap.
Pastinya keriuhan telah bermula.
Semoga isinya dirahmati dan dilindungi selalu,
Amin.
.
Wednesday, September 16, 2009
Monday, September 07, 2009
Dilema
Aqilah tak mahu minum botol, susu yang saya perah!
Silap saya juga sebab tidak mengajarnya dari dalam hari lagi.
Saya sangat risau. Bagaimana jika saya pergi kerja?
Susu yang diperah tak mahu minum apalagi susu formula.
Adakah kerana puting botol itu??
Peningnya....!
Alahai....
.
Friday, August 28, 2009
Sebulan yang berlalu..
dah sebulan rupanya.
dan sebulan juga lah saya tidak update blog ini.
bukan saja saya berpantang (yang tak berpantang sangat)
tapi sebulan itu penuh ujian dan dugaan.
Kalau ikutkan perasaan mungkin dah meroyan.
hehehe.. cuba berlagak kuat, berhati waja namun akhirnya
ada juga linangan yang mengalir.
Paling menggerunkan saya apabila muka aqilah dipenuh
ruam merah. Pipi putih itu mak kata terkene kurap susu
atau ruam susu. Ada yang kata penyakit eczema.
Setiap pagi apabila menatap wajahnya hati rasa serba tak kena.
Ada masa menangis juga dibuatnya. Kasihan....
Alhamdulillah selama tiga minggu itu akhirnya beransur juga
merah di pipinya. Setelah klinik kesihatan dikunjungi tempoh hari
untuk imunisasi saya minta dirujuk doktor kerana ruam telah merebak
di leher dan belakang badan. Pulang bersama dua krem untuk disapu
hati menggunung harapan agar aqilah cepat sembuh.
Mungkin saya terlalu mengikut kata emak yang terlalu ambil ringan
perkara tersebut sedang itu anak saya.
Seharusnya saya lebih tegas demi aqilah.
Itu baru satu dugaan yang terjadi dan banyak lagi yang saya tempuhi.
Ada yang lagi perit dari itu tapi tak perlulah saya tulis di sini
kerana terlalu peribadi.
Doa saya agar segala ujian dan dugaan yang bakal dilalui
selepas ini, akan saya tempuhi dengan lebih bijak, waras, sabar dan tabah.
Amin..
untuk Aree dan Dino... "selamat menyambut orang baru dan semoga menjadi ayah mithali."
.
Monday, July 27, 2009
Akhirnya...
kepada saudara mara, sahabat handai dan rakan² blogger...
Saya telah selamat melahirkan Aqilah Raihana Hadi binti Fedrix Hadi
pada awal pagi Selasa 21 Julai 2009, di Hospital Putrajaya.

kerana Aqilah terpaksa berada di was Nursery ICU selama 5 hari
disebabkan komplikasi ketika kelahiran.
Alhamdulillah Aqilah semakin sihat dan dibenar pulang
semalam 26 Julai 2009.

kepada Doktor Pakar, Doktor, Jururawat & Jururawat Pelatih
terutamanya di Wad Obstetric dan Wad Nursery Unit Rawatan Rapi (NICU)
di atas perkhidmatan yang telah diberikan.
Saya amat berpuas hati dengan segala khidmat yang diberikan
dan kredit untuk mereka dari saya dengan hati tulus ikhlas.
Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas pekerti mereka yang mulia itu.

Aqilah menjadi anak yang baik, bijak dan solehah
dan juga kehadirannya sentiasa diberkati, dirahmati serta dilindungi sentiasa olehNYA.
Amin...
Tuesday, July 14, 2009
Friday, July 10, 2009
Jom jawab tag...
1. Bekas kekasih saya adalah...
lelaki. bukan "lelaki ini" tetapi "lelaki itu"
2. Saya sedang mendengar
bunyi aircond atas kepala saya. Rasa cam sejuk sangat hari nih.
3. Mungkin saya patut
cuti hari ni sebab dah masuk minggu ke 38
4. Saya suka
tidur! (hehehe.. bak kata aree, “za suka tidur!”)
5.Sahabat-sahabat baik saya
tidak ramai...
6.Saya tak paham
bahasa jepun tapi saya sangat suka tengok animasi berbahasa jepun (anime)
7.Saya kehilangan
kitam. Seekor kucing kacukan kesayangan keluarga.
8.Ramai yang berkata
saya bakal melahirkan anak lelaki. (macam mana diorang tahu anak saya lelaki? Saya tak buat imbasan jantina pun)
9.Makna nama saya
noor adalah cahaya dan nama kedua saya takde makna kot..
10.Cinta itu adalah
subjektif, abstrak, kompleks, menarik, indah walau kadangkala memeritkan
11.Di suatu tempat, seseorang sedang
duduk mengadap pc sambil mulut terkumat kamit dan tangannya menekan keyboard yang kadang kala lancar dan kadang kala terkial-kial. Tiba² berkata dengan agak kuat “oowh!! Patut laa tak masuk main table sebab tak tukar qual flag sama dengan satu kat qc data!!!” yang memeranjatkan cengko dan ann didepannya. :D
12.Saya akan cuba
sesuatu perkara yang sangat menimbulkan minat terutama berkaitan seni masakan dan penyuntingan gambar.
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud
sat na.. nak bukak kamus dewan…..
14.Telefon bimbit saya
sekarang dibeli dengan gaji pertama sama di jabatan ini. Sudah 4 tahun.
15.Bila saya terjaga dari tidur
pagi tadi, saya akan merengek sendiri, “owang takmo pi keje... owang tak larat..“ walaupun tiada siapa yang mendengarnya.
16.Saya paling meluat apabila
seseorang yang bangga diri dengan kepandaian/kebolehan sendiri kemudian memandang rendang kepada orang lain yang tidak punya kelebihan sepertinya.
17.Pesta/Parti adalah
sesuatu yang hiruk pikuk dan melemaskan
18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah
seekor monyet sebesar tapak tangan.. tapi dah lupa kat mana.
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah
5 hingga 16 tahun...
20.Hari ini
saya lesu, penat... malas.
21.Malam ini saya akan
tolong menghabiskan makanan yang dimasak emak… hehehe seperti malam-malam sebelumnya. (bunyi cam kebulur je..)
22.Esok pula saya akan
bermalas-malasan. boleh tak??
23.Saya betul-betul inginkan
sebuah kerusi OSIM... syoknye...!
24.Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini
montel sangat sangat sangat!!!
25.Pusat membeli-belah atau arked permainan
ada ape kat sana?
26.Makanan Barat atau Jepun
dua-dua pun tak kisah
27.Bilik yang terang atau gelap
gelap… sebab boleh tidur … zzzzzz..
28.Makanan segera adalah
”cepat dimasak sedap dimakan” hehehe..
29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
”ok laa tuh..” kat cengko.
30.Siapa yang anda nak Tag?
cengko. (jawab pokcik jangan tak jawab!!)
Wednesday, June 24, 2009
Penantian ini.....

Penantian yang dinanti-nantikan.
Sehingga kini telah masuk minggu ke-36.
Semuanya dalam keadaan baik.
Cuma kepenatan dan kelesuan yang amat ketara.
.


