Tuesday, August 29, 2006

Resepsi Cinta

owhh citong...!!! owang nak mengadu kat awak ari ni :(

semalam..

Belum pun penat dari PD surut, jam 0830am za dipanggil ke Bilik Cumulus
untuk satu tugas baru (huhuhu ... bahu ku bertambah berat)
Za telah dilantik secara rasmi sebagai ahli baru Sidang Redaksi Buletin Jabatan.

Akibatnya..

malam tadi dalam seronok menyaksikan penyanyi kesayangan ramai duduk bersanding
di atas pelamin impiannya (sooooo butifuuuull!!).. kepala za memikir, memikir dan memikir idea² untuk dimuat dalam Buletin. Hehehe sebenarnya masa skolah dulu pun za pernah terlibat dengan menda² ni.. cuma skang lebih official (aduh!! beratnya ..)



untuk sepupu² za.. Muhamad Amiruddin dan Muhamad Najib,
Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia Ke Anak Cucu.
Mohon Maaf banyak² sebab tak dapat hadir..
Ijan akan Konvo di Skudai pada tarikh yang sama.
Kirim salam pada semua..

Monday, August 21, 2006

selamat hari lahir

petang ni akan berangkat ke PD ade kursus seminggu.
Sebelum terlambat dan sebelum za tak ingat langsung,

kepada Alice Simbun, Peter Matut dan Mohd Sabri..

Selamat Hari Lahir yang ke xx (hehe x yah sebut laa)
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan rezeki.




p/s: Aree.. kursus jgn x kursus..!!

Thursday, August 17, 2006

Tulis dan Menulis

Malam tadi entah kenapa
tanpa disuruh-suruh
sangat ringan tulang
mengemas rak buku
seusia empunya.
Alamak!!
Terjumpa majalah sekolah
diselak helai demi helai
tiba² pada satu mukasurat
aku terfikir..
owhh berbakat juga aku ni!!
Tapi..
Kenapa tiada lagi bakat tu??







::huwaaaaaaaaaa.. nape x leh load gambar????::

Tuesday, August 08, 2006

Perginya Seorang Nenda..

Jam 5 petang kelmarin..
dalam Komuter..
menghampiri stesen Serdang..
telefon bimbit berbunyi..
dengan pantas jari ini mencapainya..
nun disana kedengaran suara abah..
menyampai berita duka.



aku antara cucu terakhir yang tiba
setelah habis talkin dibaca.
semoga nenek aman dan tenang..
di alam sana....

Amin.

Wednesday, August 02, 2006

Penantian...



"Hayaku hayaku watashi ni aini kite
hayaku hayaku watashi wo mukaeni kite"

"cepatlah cepatlah bertemu dengan ku
cepatlah cepatlah hadir dalam hidup ku"

-Bluehikari.com, 26 Februari 2002-




citong,

maaf.. tiada berita untuk za kirim
sekadar singgah dan melepas lelah.

Tuesday, July 25, 2006

Capek.





kesibukan minggu lalu
diteruskan ke hari ini
dan aku kepenatan







banyak perkara baru
banyak juga yang perlu tahu







citong : perlukan rehat?
za : oh tidak!
za : belum masanya lagi...

Tuesday, July 18, 2006

Untuk Siapa?



untuk Baharuddin : Selamat hari lahir. semoga tabah dalam mencari pekerjaan dan cerialah selalu.

untuk Black : Semoga rancangan yang baik itu mendapat restu dari keluarga dan diberkati olehNYA.(jangan lupa jemput za & erix)

untuk Alice : Semoga tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa.. Selamat Pagi Cikgu Alice!! :p

untuk Clay : sorry.. sorry.. i'm so sorry.

untuk Lynn : Terima kasih di atas ingatan itu.. mak dan abah sihat wal'fiat.

untuk Man & Lin : Cari lah jalan terbaik dan paling baik untuk kalian berdua. Jadilah insan yang bertanggungjawab. Za akan sokong dari belakang.

untuk Salleh : Semoga bahagia ke anak cucu..



untuk Rizal : Bila kita nak pi xpdc Sungai Bekelah?? Jangan lupa ajak za tau..!

untuk Zul Hadi : XPDC seterusnya.. jangan cari alasan tak ikut lagi.. nanti bleh kita amik gambar banyak² :)

untuk Abang Sharom : Sarjan... YES SIR !!

untuk Yati : ape cite skang?

untuk Kak Mimie : Lain kali kita pi tengok show abang muadz lagi nak..?

untuk Oyie : bukan duduk² saje.. tapi memang duduk buat keje la..



untuk Sabri : Walau sibuk mana pun.. harap² tak lupa kirim kabar berita.

Untuk Mior : Semenjak dua menjak ni Tan Sri Mior terlalu bizi.. tapi klu free jangan lupa hantar sms lagi.

untuk Peter : Saya bukan anak tentera, saya bukan girlfriend tentera, saya bukan isteri tentera, saya bukan balu tentera... saya adalah saya dan tiada paksaan dalam hidup saya (walaupun kadang² terpaksa :p)

untuk Suzie : mu beli ape kat Labuang? dok beli untuk za?

untuk Ila : wei!! bila nak kuar pi midvalley lagi? aku nak cari kasut... jom arr!!!

untuk Ruzaiman : abang long klu kawen jangan lupa jemput za ye..



untuk Tun : macam mana ngan tempat kerja skang? walaupun tak setanding dengan kelulusan.. semoga banyak pengalaman dapat ditimba.. tak salah kalu kita mulakan dari bawah. Gambate!!

untuk Zura : Kau semakin sibuk.. jangan kerja kuat sangat nanti asma datang lagi. Jaga diri baik².

untuk Mas : Tahniah di atas berita gembira itu. Mintak² yang kedua ni anak lelaki.. salam sayang buat Fatin.

untuk Ina : Walaupun banyak rahsia dan luka dalam hidup kau.. kau tetap kawan aku (dari darjah satu sampai skang). Jaga Irwan baik², semoga dia membesar menjadi manusia berguna.

untuk Saliza : Klu hang bosan dok kat Kerteh tu jangan lupa calling² aku kat sini..

untuk Yati : macam mana hidup baru? dulu ko dok ngan parent skang dok ngan hubby.. semoga bahagia!!

untuk Putri : Bile ko nak abis study? blajar welding pun kene sampai phD eh?



untuk Aree : kalau tiap² ari saya beli buah untuk awak.. awak kene janji tiap² minggu belanja za makan eskem tau !!

untuk Kak Ija : Tom yam dan lauk paprik ari tu sedap la.. lain kali bawak lagi tau.

untuk Kak Ada : Kita tak bawak bekal hari ni.. kita share je la ngan Kak Ada.. hehehe tolong abiskan.

untuk Kak Nani : Kita nak rasa pizza yang kak nani buat.. bukan sapiah atau tasya buat.. ibu belada!!

untuk Zunaidi : Masak bihun? ermm... esok² laa!!

untuk Kak Zarah : Meow kita dah ade orang amek :( sedih nye..

untuk Lillian : anata ga inakute samishii yo (klu salah betulkan tau)




untuk Noreen : lepas ni tak dapat laa kita pi mantin sama² lagi.. :(

untuk Ery : dapat gaji pertama kat tempat baru nanti jangan lupa belanja noreen, za, erix dan rasz tau..

untuk Erix Hadi : owang windu awak.. nanti za ajar awak masak nasi goreng.. jangan malas tau!

untuk pembaca citong : Terima kasih daun keladi.. lain kali singgah lagi

Friday, July 14, 2006

iklan radio

Tajuk : Aiman tak kisah
Tempat : WNM xxxx (kereta Peter)
Tarikh : 13 Julai 2006
Masa : 23.23 pm

Radio : Muzik Fm

aiman ade kawan,
nama dia arif,
umur lima tahu macam aiman,
tapi dia kecik aje.

aiman tak kisah!!

kalau main main
arif cepat letih
dia jalan lambat lambat
aiman selalu pimpin tangan arif

aiman tak kisah!!

arif sakit..
dia HIV po.%$#
(salah sebut)
HIV positif
bila dia tak sihat
aiman teman alif baca buku kat rumah

AIMAN TAK KISAH!!




p/s: Peter.. thanks for the sushi.. its so yummy yummy! nak lagi boleh...? (buat muka tak malu)

Thursday, July 13, 2006

aduh! sakit nye..

Hari ini aku sakit hati
sakit yang amat sangat
dan satu hari kau jugak akan sakit
sakit hati seperti aku!!

Wednesday, July 12, 2006

jiwang??




Sedang Ingin Bercinta

Artis : Dewa 19
Title : Sedang Ingin Bercinta

Setiap ada kamu mengapa jantungku
Berdetak lebih kencang
Seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu mengapa darahku
Mengalir lebih cepat dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu otakku berpikir
Bagaimana caranya untuk berdua bersama kamu

Aku sedang ingin bercinta
Karena mungkin ada kamu disini
Aku ingin…
Aku ingin…


:: sukati owang laa nak jiwang ke nak karat ke..
:: awak tu pun sama.. tiap² minit nak report kat dia.. huh!!

Tuesday, July 11, 2006

Senang Hati @ Hati Senang

Malam minggu balik Bahau (huhuhu.. kena balik!)
dan masa makan tengah malam (sebab sampai umah tengah malam)
bersama mereka² yang baru sampai (termasuk za) :

mama erix : nape za dah nampak gemuk?

za : erk?!

za : hehehe.. senang hati

riri hadi : kak za dah gemuk laa skang...
(dengan mulut yang penuh dgn satay minang)

za : uiks! bukan gemuk la.. chubby!!

za : nak buat camne.. hati senang.

za : eh! camne kak ijan boleh ade kat sini?? (buat² muka pelik)

kak ijan : coincident...
((menyengeh ngan mulut penuh nasi)

kak ijan : awat makin gemuk(tangan masih menggodek sambal lada minang)

za : senang hati dan hati senang... hehehe

za : sape bawak satay minang? kitorang baru makan satay kat seremban...

mama erix : patut laa sampai lambat.. ric.. dah makan satay kat seremban..

erix hadi : hehehe
(senyum aka menyengeh)

mama erix : uda abu yang bawak.. beli kat JB

za : umang aihh satay import dari JB!!

mama erix : pedas sikit za...

riri hadi : sedap kak za..

za : tak pe la.. kasi je erix makan


erix hadi : (dalam tangan dah pegang satay)

za : (camne tak senang hati...)



(satay minang : setiap hidangan hanya ada 7 cucuk satay dan kuah diperbuat dari beras dan rempah)

Thursday, July 06, 2006

Aku Nak Tidur!!!


Aku ingin tidur
melelapkan mata
dengan lena
dengan dengus nafas
tanpa flu yang menghalang..




Aku ingin tidur
tidur dengan lena
tanpa bunyi
tanpa cahaya..




dan hanya aku
di atas tilam empuk
dikelilingi lembut bantal busyuk
serta ditiup kipas comel
berkelajuan dua.




Aku ingin tidur lena
tanpa mimpi² seram
jangan kau ganggu aku
dengan hayalan² menakutkan..




Pergi kau... pergi!!!
jangan kau datang lagi
dalam mimpi lena tidur ku!


Wednesday, July 05, 2006

ape lah nak jadi...

za cilok dari satu forum yang agak popular..



Pick the number of the month that you were born in

1----i shot a
2----i gave a lap dance to
3----i smacked
4----i sang to
5----i fell in love with
6----i murdered
7----i gave my number to
8----i humped
9----i choked on
10---i bitched out
11---i had sex with
12---i ate a


Pick the day (number) you were born on:


1-------a homeless guy
2-------your mom
3-------a banana
4-------a fork
5-------a mexican
6-------a gangster
7-------a condom
8-------an ipod
9-------a stuffed animal
10-------a goat
11-------my dog
12-------my dad
13-------the computer
14-------my science teacher
15-------my neighbor
16-------myself
17-------a jones soda
18-------a llama
19-------a paperclip
20-------my best friends boyfriend
21-------a permenant marker
22-------a policeman
23-------a ninja
24-------a baseball bat
25-------my pshyciatrist
26-------my brother
27-------my sister
28-------a football player
29-------a dvd player
30-------a pickle
31-------my cell phone

Pick the color of shirt you are wearing:

White------Because i was high.
Black-------Because I was drunk.
Pink--------Because im a homosexual.
Red---------Because the voices told me to.
Blue--------Because i cant control myself.
Green------Because I hate myself.
Purple------Because Im naked.
Gray--------Because thats how i roll.
Yellow------Because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange----Because i hate my family.
Other-------Because that's how I roll.
none------because im sexy and i do what i want

Now post all three of these as your title



za : "i sang to a gangster Because i cant control myself."

alamak!?!!

Monday, July 03, 2006

sejarah di pulau lagenda.

hari ini... enam tahun yang lepas.. di Pulau Langkawi..


Alice, Erix, Lynn, Clay, Shasha, Dien, Salleh, Black, Man,
Syahreel, Niezam, Fariz, Zaidi, Aru, Loo, Zaharen, Lin Kecik,
Din Penang, Suzy, Hairun, Elena, Kak Nani, Emy, Ella, Imah,
Hasnah, Zainol, Maria, Ery, Nookie, Raziff, Siti Khadijah, Sha,
Nor, Achik, Masnah, Idris.. dan kalian yang seangkatan
Program Kerjasama Legenda-UTM 2000/2001.



Selamat Ulang Tahun Ke-6!!!

Friday, June 30, 2006

Bisik-bisik

malam tadi selepas maghrib..


mak : ijan dah dapat keje

za : hah??

mak : kat tempat dia praktikal skang

mak : isnin ni dia start

za : bagus la. tak sempat dia nak menganggur

mak : nanti boleh la kita buat bubur merah..

za : best nye..

mak : kita buat pulut kuning skali

za : eii.. tak aci! dulu tak buat pun.. (merajuk)

mak : kita buat skali untuk ijan, kak nong, amin ngan asid.. (nada memujuk)

za : kita buat esok nak? esok ari jumaat

mak : tak sempat. barang pun tak de.. jumaat depan je la..

za : ermm.. ok.



semoga hati mak tenang dan sejuk menerima berita gembira ini..
mungkin ini juga doa mak yang telah dimakbulkanNYA.
dan juga.. semoga sakit dan perit dihati mak terubat lagi. Amin.

Wednesday, June 28, 2006

Teman Tapi Mesra..



semalam aree belanja banana split masa lunch.. so yummy yummy!!
sambil makan cerita dan borak² pasal kereta, pasal kahwin, pasal kerja,
pasal duit, pasal orang dan bila eskem dah habis dalam mangkuk...
bertekak kejab dengan dia pasal perkara remeh temeh (itu perkara wajib)
kemudian balik opis dengan senyum lebar sampai telinga.
hehehe.. akhirnya tertunai jugak janji tu!

Lepas ni giliran za pulak tunaikan janji..
aree nak makan kat pizza hut.
ermm.. next month la!!!

Tuesday, June 27, 2006

cinta datang lagi..


selamat kembali..!!



untuk lillian kat jepun...

hapie belated besday!!
bila nak balik???
ada projek besar kat PD utk ICT..
balik laa cepat..!!!

Tuesday, June 20, 2006

HAHH???

si dia ym za..


BUZZ!!!
erix hadi: awak
erix hadi: owang wat personal loan pastu kawin nak
erix hadi: ?
erix hadi: http://www.hsbc.com.my/1/2/personal-banking/personal-loans-line-of-credit/anytime-money



za.... terkedu. (nape kita nk berhutang?? hutang yg ada baru nak start bayar..)

Thursday, June 15, 2006

Nikon L3

sesungguhnya za rindu 'dia' yg sekarang berada di pusat rawatan nya..
'dia di Tingkat 11 Menara PKNS, Petaling Jaya dan telah berada disana
selama 14 hari... huhuwaaaa sedih nye..
semoga cepat sembuh!!!

Wednesday, June 07, 2006

Seorang Gadis

"Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya...

Seorang gadis itu ...

Hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...
namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...
begitu unik tercipta,

Lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...
seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...

Bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,

Dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...
seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

Seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

Sisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

Seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...
dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...
seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...
kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...

Tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
daíyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...
kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...
seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!
Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!"



karya dari http://xmaahadian.ilmuislam.com/