Thursday, February 14, 2008

Di suatu majlis...... petang semalam

Persiapan terakhir...

Urusetia yang sangat sibuk......

Pengacara majlis yang 'rock'...

dua ekor singa...

tetamu jemputan khas....

ucapan perasmian.......

persembahan pentas

antara tetamu yang hadir.....

yee sang...

si cilik yang comel

dan...

peminat-peminat.

Wednesday, February 13, 2008

8 random facts/habits about me.

huhu~
kene tagging laa pulak..



Tagged by alice
The Rules:
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.


1. teramat suka dan selesa duduk di bilik seorang diri. kenapa? selesa..
2. tak pandai dekorasi rumah. kalau kemas dan bersihkan pandai la.. alahai camner nak kahwin nih??
3. suka sangat makan tomyam. bukan orang siam pun tapi jawa tulen!! Selera dah begitu nak buat macam mana..
4. dalam tabung ada banyak syiling 1 sen. dah tak terkira.. tak boleh nampak kat mana² mesti nak kutip.
5. tak boleh tidur kalau tak tutup muka.. mesti!
6. cepat sensitif dan cepat reda.. err.. ikut keadaan.. paling cepat 5 minit, paling lambat 24 jam!! :p
7. suka kucing.. kucing.. dan kucing. meowww.. owhh rindu kat kitam :(
8. kalau kumpul resepi dari internet, hahah.. sebelah mata je.. tapi nak masaknye.. tunggu laa setahun baru dapat rasa!


huh~ selesai..

ok lepas ni siapa yang kena??
hmm.. mereka ialah :

1. kak ija
2. lili

maaf.. itu saja nama yang terlintas.

Tuesday, February 05, 2008

Pagi Yang Panas

“Jangan sesekali kau sentuh privacy ku. Jangan!
Waima hujung kuku sekali pun. Aku benci!!
Kau dan kau, bukan insan terpilih yang layak untuk dikongsi privacy.”







Pagi ini terasa panas... mungkin sebentar lagi hujan.

Thursday, January 24, 2008

Kegagalan adalah........

"kita boleh mencipta 1001 alasan untuk gagal, tetapi kita hanya perlukan satu sebab sahaja untuk berjaya.
Tiada orang yang ingin gagal dalam kehidupan, kecuali dia memilih untuk gagal.
Dan kegagalan yang sebenar adalah kegagalan untuk mencuba"









:: Jumpa mutiara kata ini pada satu risalah.. tetapi lupa risalah apa ::


Monday, January 21, 2008

.L.A.P.A.R.

suatu petang...




FH : halo

ZA : Hello... awak.

FH : ye..

ZA : buat pe tu?

FH : nengok anime.

ZA : awak sihat?

FH : hmmm..

ZA : nape dah lama tak call?

FH : takde duit.

ZA : syiling?

FH : ade.

FH : esok owang ada interview kat kota damansara..

ZA : ooo.. ye ke? Bagus nye. Jam bape?

FH : sepuluh setengah pagi.

ZA : awak dah makan?

FH : tak.

ZA : nape tak makan?

FH : esok owang kene gi interview...

ZA : errr... simpan duit untuk esok eh?

FH : aaa...

ZA : since when?

FH : kelmarin.

ZA : meggie?

FH : habis.

ZA : semalam?

FH : neslo.

ZA : awak...

FH : ye.

ZA : (diam)

FH : hello..

ZA : hmm... hello.

FH : haluuuuu...

ZA: awak..... i'm out. see you after one hour.. from now.

FH : err!? for what? awak pun kering gak..

ZA : its ok..

ZA : bye. (letak ganggang)





:: simpati ini terlalu tebal... walau hati kian tawar ::
:: hampir terlupa.. happy birthday eryza! sudah 7 tahun... ::
:: semoga panjang umur, murah rezeki... amin ::

Wednesday, January 09, 2008

Malam Tadi Mimpi EOS!!


huhuhu~ bila laa aku boleh dapat mamat hensem nih?? sampai termimpi².... :(

Wednesday, January 02, 2008

Selamat Tinggal...2007



Selamat Datang 2008...





Foto: Bunga Api
Kamera: BenQ DC X725
Lokasi : Perkarangan Stadium Shah Alam
Tarikh: 1 Januari 2008

Monday, December 24, 2007

.L.A.R.A.







dan ingin diam buat seketika......

Wednesday, December 19, 2007

Kampung......Oh Kampung.


Salam Aidiladha buat semua......

Monday, December 10, 2007

Saffia................. cakk!!

" Saffia... cheq main henpon sapa nih?
pandai no cheq tekan² tipon..
say HELLO... HELLO.."




"Saffia.. pandang kamera nu....
pandang laa..
SMILE.."




"Awat cheq tak smile pun?
Control ayu ka? "





Saffia, kalu cheq mai KL.. jangan lupa mai umah auntie na...




Thursday, December 06, 2007

.B.A.H.




Semoga kalian yang menerima musibah ini berada dalam keadaan selamat hendaknya....

Wednesday, December 05, 2007

Sakit?

za : citong..

citong : ye...

za : kau tahu sakit ditusuk sembilu?

citong : sembilu itu tajam.. apabila terluka ditusuknya akan rasa sakit.. sangat pedih.

citong : kenapa? kau ditusuk sembilu?

za: hmm.. tidak pada zahirnya..

citong : sakit?

za : sakit.. sangat sakit.

citong : bertahan lah.

za : ye..

citong : kalau tidak mampu.. menangis lah biar lepas segalanya.

za : sudah puas menangis. sudah penat.

citong : tabah dan redha lah. kau akan lebih kuat lebih kuat dari semalam.

za : citong, kalau kita sakit.. ada orang yang lebih sakit dan parah dari kita..

citong : ye.. begitu lah.

Tuesday, December 04, 2007

Bendera Putih

Mengalah tak bererti kalah...
dan
lebih baik berundur dari menyeksa hati sendiri.

Thursday, November 29, 2007

Sibuk Di Hujung Tahun

memang begitu lumrahnya
setiap tahun...
fizikal, mental.. mesti kuat. mesti!

Friday, November 16, 2007

Undangan pun datang bertalu-talu


Pejam celik pejam celik.. cuti sekolah pun tiba.
Banyak sungguh walimah yang sampai..
baik saudara mara mahupun sahabat handai.
Meriah!
Insyaallah undangan kalian dipenuhi..
Semoga kalian bahagia hendaknya ke akhir hayat... Amin.

Saturday, November 10, 2007

Selepas Raya : Vitamin 'R'


Ok.. hari ni kita buat kek coklat kukus..
Mula² pukul butter dan gula sehingga kembang..


Kemudian pecahkan 2 biji telur dan pukul adunan sampai kembang dan gebu.
Jangan lupa 2 titik esen vanilla.


Setelah itu tuang tepung sedikit demi sedikit. Begitu juga serbuk koko dan coco emulco. Kacau sehingga sebati. Kemudian Masukkan ke dalam loyang bulat dan kukus lebih kurang 1 jam.


Setelah masak.. terbalikkan di atas piring besar..

dan hiasla dengan chocolate fosting mengikut kretiviti sendiri...
hehehe.. yummy! yummy!!

Amaran : sesape yang tengah jaga badan.. jangan makan!!
tengok je gambar tuh. hehehe :)

Semasa Raya : Si Gagak Hitam

Ijan: Abah, Maafkan segala kesilapan ijan..tutur kata dan perbuatan.. halalkan makan minum ijan..
Abah : Abah juga minta maaf ... zahir dan batin atas segala kesalahan..


Acid : Kak Nong.. mana daging dendeng? ishh.. sape buat nasi daun pisang nih?
Kak Nong : Itu lontong la...

Amin : yeh! yeh! dapat duit raya..! Lima puluh... Lima puluh lagi... yg nih pun mesti lima puluh gak. Hish!! sape kasi tiga puluh je nih???
Kak Nong : (sorok muka)
Acid : La.. Songkok raya dah dapat.. baju raya dah bape pasang... kasut dapat sandal pun dapat.. ok laa tuh..!!

Friday, November 02, 2007

Sebelum Raya : Angkasawan

Sebelum Majlis






Semasa Majlis






Selepas Majlis











Tuesday, October 23, 2007

.S.Y.A.W.A.L.

Mohon Maaf Zahir Batin kepada tetamu² blog ini
atas segala kekhilafan dalam penulisan dan fotografi
yang mungkin menyentuh hati dan perasaan,
tiada niat dihati untuk menyinggung sesiapa
hanya sekadar tulisan melepas riak² rasa hati
dan menampal foto kenangan.


Semoga syawal kali ini memberi seribu erti dan bahagia.


Salam Eid Fitri


sebenarnya masih dalam mood raya.. nantilah kalau sudah pulih akan dicoret suka duka hari raya yang lalu.

Thursday, October 04, 2007

.I.M.E.J.




Sebelum....



Selepas...




..... walau imej berubah, hati dan nama tetap sama.

Sunday, September 23, 2007

Buat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin


Semoga aman dan tenang di sana
dan Rohmu dicucuri rahmat........ Amin.






Foto : Rosmadinor Mohamad

Saturday, September 22, 2007

Adakah Cinta Seteguh Taj Mahal?

Location: On the banks of river Yamuna in Agra, India
Year of Construction: 1631-1653
Built By: Mughal Emperor Shah JahanS
pread Over: 42 acres
Significance: One of the Seven Wonders of the World


Photo by : Rosmadinor Mohamad

Wednesday, September 19, 2007

Ramadhan Ya Ramadhan

Ramadhan kali ini
Sama seperti tahun lepas..
Hati emak masih pedih
Cuma dia lebih kuat lebih tabah..
Satu perkara yang merisaukan kesihatannya tidak mengizinkan
Katanya selalu sakit kepala.
Kelmarin bawa ke klinik..
Oh! Tekanan darah emak melonjak tinggi.
Kesian dia..

Ramadhan tahun ini
Berbeza sedikit
Bila abah semakin kurang bersuara
Dengan anak perempuan tunggalnya ini..
Adakah kerana janji² manis dia yang tidak tertunai?
Ah! Istilah ‘berdikari’ telah lama wujud dalam diri ini
Jarang sekali mengharapkan abah untuk dapat itu dan ini..
Kenape?
Ntah.. ntah la..

Ramadhan ini juga..
Rezeki adik²..
Seorang menambah asset
Seorang bertambah projek
Cuma seorang lagi dalam getar gementar peperiksaan.
Kalian harapan emak..
Api semangat emak..

Bulan Ramadhan ini
Mengingatkan kembali nostalgia
Berpuasa di Pulau Mahsuri.
Saat² meninggalkan pulau itu….
Jatuh pada Ramadhan.
Ketika itu terasa sangat sayu.
Apa khabar Lynn, Clay, Alice, Shasha, Kak nani, Achik,
Masnah, Baha, Zahrin, Salleh, Man, Black, Erix?
Semoga kalian sihat sejahtera dan bahagia hendaknya..

Bulan ini juga
Menerima kepulangan
Dino, Kak Zizah dan Yuzaimi..
Yang pulang dari kursus luar Negara.
Selamat kembali ke tanah air.
Selamat bertugas kembali.

Dan Ramadhan ini
Memberi sinar baru kepada Lilli..
Kenape?
Kerana dia…
‘Saudara Baru’.

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Datang Lagi..


Salam Ramadhan buat semua...
Semoga sabar menempuh bulan barakah ini.

Monday, September 03, 2007

My Art Work: Bermain Cahaya Merdeka

Cubaan pertama..

Cubaan kedua..

dan cuba lagi...


akhirnya terkandas dalam lautan kereta..

kawan,
terima kasih banyak
kerana
menunaikan janji² kalian..






erm... tahun depan kita tgk lagi eh..



Friday, August 24, 2007

Flora: Bunga Kantan


Nama Melayu (Malay Name) : Bunga Kantan Merah
Keluarga (Family) : ZINGIBERACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Phaeomeria maingayi
Nama Lain (Other Names) : Torch Ginger




hehehe... esok hari sabtu...
macam nak masak nasi goreng kerabu, ayam pedas ikan pari, asam laksa..
errmm.. ape lagi..?? huhu~ lapar.

Wednesday, August 22, 2007

My Art Work: Kya Tum Mujhe Pyar Karte Ho ?


Answer: Main Tumse Pyar Karta Hoon..

Monday, August 20, 2007

Tahniah, Tahniah dan Tahniah..!





Tahniah kepada semua penerima..
Terima kasih kepada yang menjayakannya..
dan
Lilli juga.

Friday, August 10, 2007

Aku ingin sihat.... seperti kelmarin.

Ya Tuhan! Nikmat yang engkau beri terlalu singkat rasanya.
Kali terakhir perit penyakit ini 13 tahun yang lalu...
Oh! Kini 'dia' datang lagi.....
Aku perlu berperang.. aku perlu lawan...
semoga ada hikmah disebaliknya.
  • untuk Dino, Aree & Lilli... terima kasih banyak²...

Wednesday, August 08, 2007

Ohh! Cepat la baik...

Semenjak balik dari BTN..
dah 2 minggu batuk..
sampai semput.
Rasa penat dan lesu sangat..



Alahai...
cepat laa sembuh....











Friday, August 03, 2007

Semoga Bahagia Hingga Akhirnya...

dia sahabat sedari kecil
sebelum mengenal abjad dan nombor
beza umur hanya empat hari
dan kini..
jodohnya telah sampai.
Semoga bahagia sentiasa melingkari hidupnya..
Amin.