Monday, July 16, 2007

'Family' Trip

Lagu : Damai
Penyanyi : NowSeeHeart
Lokasi : Air Terjun Sg. Lepoh, Ulu Langat

Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah
Kicauan berburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya sinaran sang mentari hari
Oh... di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannyaPesona di jiwa

Di rimba tiada Derita, sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan tersirat air
Turut sama menghiasi
Keindahan ciptaan Ilahi







































































Barisan belakang dari kiri:

Zairul, Amir Fauzan, Amiruddin, Shahmil

Barisan depan dari kiri :

Amir Farid, Zaliza, Amir Farhan



















Wednesday, July 11, 2007

Bila hati tidak tenteram...

“Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk;
Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku,
dan lepaskan akan daku dari syaitan yang terkutuk.”



“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami
setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada
kami rahmatMu; bahawasanya Engkaulah Tuhan yang sangat
banyak pemberianNya.”



Amin...

Tuesday, July 10, 2007

hahh?


untie : aisy....

aisy : hmmm (sambil muka memandang untie)

untie : aisy main ape tuh..?

aisy : hahh? (sambil tangan menghulur payung)

untie : payung sape aisy main tuh...?

aisy : haaa... (mata melirik pada payung dan tangan mengulit-ngulit)

untie : mama aisy mana...?

aisy : hahh?? (pandang kiri dan kanan mencari mama nya)

aisy : uhhuuuu.... (menunjuk ke arah satu sudut...)

Wednesday, July 04, 2007

Lilli, we love you....

Lil.Nasharitah says: aree ni series la pulak za..

Lil.Nasharitah says: [4:06:41 PM] Antonio-Aree-Velasquez says: im here 2 help u go through this..

Lil.Nasharitah says: tq [4:07:07 PM] Antonio-Aree-Velasquez says: and i promise u that i will be there by ur side all the way

..:zZAZz:.. says: err..

..:zZAZz:.. says: dia sorang kawan yg baik

Lil.Nasharitah says: kecik ati sb sy mrh td

Lil.Nasharitah says: tau dia kwn yg baik

Lil.Nasharitah says: like u too

..:zZAZz:.. says: sy x sebaik mana pun...

Lil.Nasharitah says: [4:08:17 PM] Antonio-Aree-Velasquez says: hehehe...tp cuma malam nie xleh g tgk wayang je laa..

Lil.Nasharitah says: ngader

..:zZAZz:.. says: hehehe

Lil.Nasharitah says: la merendah diri la pulak

..:zZAZz:.. says: dia tau ke kita nk pi main bowling?

Lil.Nasharitah says: tau kot tah

..:zZAZz:.. says: owhh...

Lil.Nasharitah says: nt klu kite smua dh kawin korg pasti kenang smua nih...

..:zZAZz:.. says: hehehe

..:zZAZz:.. says: tp skang blom kawin lg

Lil.Nasharitah says: mengenang ms ketika kite donw and up with our partner memasing

Lil.Nasharitah says: *down

..:zZAZz:.. says: hari ini sejarah untuk esok

Lil.Nasharitah says: yer




"Jangan lah gusar, jangan lah gundah
senyum lah untuk hari yang lebih indah..."

semoga awak tabah menghadapi semua ini.
ganbatte kudasai!!

Monday, July 02, 2007

Naik Naik Ke Puncak Gunung

Naik naik ke puncak gunung
Tinggi tinggi sekali
Naik naik ke puncak gunung
Tinggi tinggi sekali

Kiri kanan kulihat saja
Banyak pohon cemara
Kiri kanan kulihat saja
Banyak pohon cemara

Naik naik ke gunung nona
Kusu kusu melulu
Naik naik ke gunung nona
Kusu kusu melulu

Maski cinta tinggal cinta
Mama panggil beta pulange
Maski cinta tinggal cinta
Mama panggil pulange




Lagu : Naik naik ke puncak gunung - lagu rakyat (Maluku)
Lokasi : Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
Anjuran : KKSJMM
Tarikh : 30 Jun 2007 - 1 Julai 2007


Friday, June 29, 2007

Biarlah rahsia? memang tak ada rahsia!

Pagi tadi..

Terima 2 panggilan telefon. Satu melalui handphone dan satu lagi telefon pejabat. Kedua² nya dari pegawai yg tiada kaitan dgn bahagian ku.
Seperti biasa memberi dan menerima arahan.
Tapi yg tak sedapnya ada soalan² cepu emas intan berlian…

“awak dengan D eh skang?”


“betul ke awak dengan D ade ape²?”

“eh! D tu baik ape. Bagus laa awak dengan dia…”

“D tu suka awak eh?”

“nanti klu awak betul² jadi.. dengan D.. jangan lupa jemput tau…”

“Salwadi dengan E nak langsung 21 julai depan… awak bila lagi? Dengan D kan? kan?”



Ya Rabbi!! Peningnye kepala nak jawab.
Oh!! Perlukah aku lari dari budaya begini??

Ya.. kalau takde angin
Takkan pokok bergoyang.
Tapi kalian hanya nampak luaran.
Betul.. mata tak boleh menipu.
Tapi bolehkah kalian membaca isi hati?
Sakit atau sihat hati itu?
Luka atau tidak si hati?



Huh~! Wahai hati….. sabarlah.


Monday, June 25, 2007

Masalah negara? (Dari kacamata orang biasa²)


aku, hanya pemerhati merangkap urusetia... huh~ penat!

Wednesday, June 20, 2007

saya budak baru belajar... kalau salah tolong tunjukkan





semoga aku cepat belajar....





* awak : ya, saya rindu. *

Tuesday, June 19, 2007

Keluarga Besar

Gambar : Sebahagian dari keluarga besar.. Program ICT


Hujung minggu lepas, Jabatan mengadakan Majlis Penutup Sukan Antara Program.
Seronok.. memang seronok walaupun penat. :)
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan...

Thursday, June 14, 2007

Aishiteru....




Monday, June 11, 2007

Always

When you need a shoulder to cry on,

Remember that I have a warm embrace,

Ready to offer comfort.

When you think I'm being too tough,

Remember that which does not kill you

Makes you stronger.

When you need a friend to listen,

Remember that I am here for you,

Always.

When you doubt me,

Remember that I once knelt at your feet,

Washing them in service to you.

When you lose faith in yourself,

Remember that I never did,

Nor ever will.





Author: Tara Simms





* awak, thanks 4 da dedication.... *

Wednesday, June 06, 2007

Sandaran Hati - Letto

Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani

Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati
Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada arti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mau
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju
Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku



*awak, akhirnya sy jumpa lagu nih :) *

Friday, June 01, 2007

Pengarang Jantung, Penglipur Lara

dan..
pengubat rindu.

Thursday, May 31, 2007

Expression



tidak...
saya tidak hipokrit.

Wednesday, May 30, 2007

Kita tetap kawan..

walaupun aku terkejut semalam..
walaupun aku tergamam..
walaupun aku kesal
walaupun aku sedih..
semalam, melihat kau dan dia.. dan dia.. dan dia lagi satu
tak mengapalah...
itu urusan kau yang tak perlu aku selidik.
cuma satu kawan....
kita tetap kawan... selamanya.

Tuesday, May 29, 2007

Bila 'Aku', 'Dia' & 'Mereka4' tak lagi mesra...

sedih..
serba salah..
menyesal..
pilu..
air mata...

Wednesday, May 23, 2007

Si Bulat & Si Buntal

mohamad aisy hafy bin mohd sani

Tuesday, May 22, 2007

Dia telah memenuhi ruang email ku!

Selamat berkursus Encik...
semoga pulang dengan selamat...
jangan nak dok email orang je..!!
hehe...

Friday, May 18, 2007

Sesungguhnya aku sibuk

hari ni.. semalam..kelmarin..hari sebelum kelmarin..dan..sebelumnya lagi....

tiada ruang untuk diri sendiri..

tiada ruang mendengar keluhan emak bila saban hari pulang lewat..

tiada ruang meluah rasa cinta..

erm...

esok cuti.. tapi masih perlu menyibukkan diri dikantor.

ohh! tugas ini perlu ku pikul..

dan tanggungjawab ini perlu ku lunaskan..



Ganbatte!!

Tuesday, May 08, 2007

Hati emak luka lagi!

tiada lagi air mata kesal dari mata ini

kerna aku juga perlu tabah
tabah seperti emak!

Thursday, April 19, 2007

Mari Menyanyi..

ANDAI KU TAHU
KAPAN TIBA AJALKU
KU AKAN MEMOHON
TUHAN TOLONG PANJANGKAN UMURKU

ANDAI KU TAHU
KAPAN TIBA MASAKU
KU AKAN MEMOHON
TUHAN JANGAN KAU AMBIL NYAWAKU

AKU TAKUT
AKAN SEMUA DOSA² KU
AKU TAKUT
DOSA YANG TERUS MEMBAYANGIKU

ANDAI KU TAHU
MALAIKATMU AKAN MENJEMPUTKU
IZINKAN AKU
MENGUCAP KATA TAUBAT PADAMU

AMPUNI AKU
DARI SEGALA DOSA²KU
AMPUNI AKU
MENANGIS KU BERTAUBAT PADAMU

AKU MANUSIA
YANG TAKUT NERAKA
NAMUN AKU JUGA
TAK PANTAS DI SURGA

ANDAI KU TAHU
KAPAN TIBA AJALKU
IZINKAN AKU
MENGUCAP KATA TAUBAT PADAMU




Penyanyi: Ungu

Thursday, April 12, 2007

Depress??


Monday, April 09, 2007

Hari itu dan angka..

"Selamat Hari Lahir"

dan hari itu berlalu saja...
membiarkan angka itu menginjak lagi meniti usia.
tiada sambutan untuk dikenang
sekadar ucapan dari insan² terpilih.
aku hanya senyum...
dalam diam.

Syukur dan syukur padaNYA... amin.

Wednesday, March 28, 2007

Jaring yang tak jaring






huhu~ kalah lagi..... :(









Monday, March 26, 2007

Jangan tanya tarikh itu

Malam tadi Mak Ngah dari Jerantut telefon
menyampaikan tarikh "Majlis Besar" di sana
dan juga tarikh "Majlis Besar" di kampung.
Kedua-duanya hanya selang seminggu pada hujung tahun ini.
Dan Mak Ngah juga bertanya tarikh "Majlis Besar" aku,
katanya tidak mahu berselisih hari.
Aku hanya menjawab,"takde tarikh... tak pe la.. nanti kami
sekeluarga berkampung disana dan disana.."


Sebenarnya aku benci bila soalan ini disembur ke telinga.
Aku tak suka nak jawab. Usaha bertahun-tahun ini biarlah
Tuhan yang tentukan berjaya atau gagal...


dan..
jangan tanya lagi tarikh itu!!

Wednesday, March 21, 2007

fUtSaL ..??





walaupun kalah pada peringkat suku akhir tapi senyuman masih terukir........



Tuesday, March 20, 2007

Di Satu Bilik Rehat... (Bhg. II)

Cik Z masih memerhatikan Cik A.
Sekejap tangan dia menyeluk paper bag dan selepas itu
melukis dan menyapu eyeshadow.

Cik A : Ala...! tak jadi!!

Cik Z : Ape yang tak jadi?

Cik A : Ko tengok nih..! (sambil jari menuding ke hujung mata kanan)

Cik A : Tak sama kan??

Cik Z : ermm... hmmm.... (Ape yang tak sama?)

Cik Z : sebab kelopak mata awak tak sama bentuk ke?

Cik A : Bukan... warna dia! (dialek sabah yang pekat)

Cik Z : owhhh...

Cik A : (berpaling dan keluarkan cotton bud dari paper bag)

Cik A : ishkk! ni yang aku tak suka.. kalo buat tak jadi mesti lambat!

Cik Z : hmmmm..... (adoi! sakitnye kepala..)

Cik Z : Selalunye pagi² awak abis make-up bape jam?

Cik A : 30 minit

Cik Z : Hahh??

Cik A : kalau tak jadi... lagi lama..

Cik Z : (telan air liur)

Cik Z perhati Cik A berkemas dan pakai tudung kepala...
kemudian duduk di sebelah Cik Z.

Cik Z : Meh saya tengok...

Cik A : (sua muka)

Cik Z : (perhati dengan teliti)

Cik Z : erm.... ok je... cantik

Cik Z : Tapi kenape kening awak tak sama... comot.

Cik A : Hah?? tak sama? (terus keluarkan cermin kecil)

Cik A : Blah mana yang tak sama?

Cik Z : (ambil berus panjang dan ukur dari hujung hidung jarak 2 kening)

Cik Z : awak cabut ke awak cukur?

Cik A : cabut

Cik Z : erk?? sakitnye...

Cik A : (sambil melihat cermin) mana yang tak sama??

Cik Z : Blah kanan bawah cam botak... blah kiri bawah cam comot..

Cik A : owhhh.. yang ni ke? (sambil jari tuding hujung kening)

Cik Z : iye...




dan keesokan pagi nye Cik A datang ke meja Cik Z..

Cik A : Cik Z... (berbisik)

Cik Z : hah? nape?

Cik A : tengok nih... sama tak? (sambil tunjuk kening)

Cik Z : (perhati sekilas pandang)

Cik Z : erm.... ok laa tuh!! awak buat kat ne?

Cik A : kat midvalley... petang semalam.

Cik Z : gurllppp..! (secepatnya.... )

Cik Z : (rasa macam nak sakit kepala je..)



moral... ade orang tak suka make-up bukan sebab tak pandai make-up
dan ade orang yang suka make-up bukan sebab pandai make-up..

sebenarnya penampilan yang cantik bukan sekadar untuk dipuji
tapi untuk keyakinan diri cuma tak perlu nak berlebih-lebihan
sekadar sejuk mata memandang....

pesan untuk diri sendiri.....

Friday, March 02, 2007

Di satu bilik rehat.. (Bhg I)

Di satu bilik rehat...
jam 3.30 ptg
terdapat 2 org perempuan
seorang sedang mengadap cermin (Cik A)
dan seorang lagi duduk di sofa
menahan sakit kepala (Cik Z).
Sungguh asyik Cik Z memerhatikan Cik A bersolek.
Tiba² Cik Z terasa ingin bertanya...

Cik Z : awak.. tiap² hari awak bangun jam berapa ?

Cik A : 5.30

Cik Z : Awak keluar umah?

Cik A : 6.45

Cik Z : Kejar train jam 6.45?

Cik A : Bukan kejar train je..
aku kejar bas.. pastu naik STAR.. pastu kejar PUTRA!

Cik Z : owhhh.. jadi awak transit kat masjid jamek eh?

Cik A : Ha ah. (Sambil tangan menggapai blusher dari paper bag SK II)

Cik Z : Mesti ramai orang kt masjid jamek kan..?

Cik A : (tak jadi nak sapu brush kt pipi... dan terus menoleh)
Huhh! Memang ramai!! lepas tu kene jalan cepat² kalo tak ko kene tolak!

Cik Z : erkk??

Cik Z : (masih memerhati Cik A menyapu blusher kat pipi)

Cik Z : eh? nape awak sapu dr atas ke bawah??

Cik A : tu laa korang tak tau... kalo letak dr bawah pipi nampak merah sgt...

Cik Z : owhh.. cenggitu lak..

Cik A : kalo dah naik train pun satu hal gak..

Cik Z : nape?

Cik A : diorang tu suka sgt berdiri depan pintu kadang² tu aku jerit jugak
"Hoi masuk la dalam lagi orang lain pun nak pegi kerja gak!!"

Cik Z : eerrrrr...... (berani nye minah nih)

Cik A : Itu kalo hari biasa la.. kalo hari minggu kurang laa sikit.

Cik Z : oowwwwhhh..

Cik Z : awak.. meh laa saya tengok make-up awak.. saya pun pandai gak komen

Cik A : blom siap lagi la...




(bersambung....)

Friday, February 16, 2007

Mangsa Keadaan..

Citong,

apa awak rasa bila cinta awak terhalang?

apa awak rasa bila keluarga putuskan pertunangan tanpa pengetahuan awak?

apa awak rasa bila ini semua kerana mulut² lancang?

apa awak rasa bila awak jadi mangsa keadaan???


Citong,

tadi za terkedu, sedih dan hiba bila rakan sepejabat datang mengadu dan meluahkan
segala yang terbuku. Dia seorang yang periang.. peramah... tapi siapa sangka hatinya
luka parah.
kasihan. kasihan dia.
semoga dia tabah dan sabar menempuh dugaan ini.... amin.

Wednesday, February 14, 2007

valentine??

maaf..
tiada valentine untuk ku hari ini...
dan lupakan saja.














utk alice : thanks for the sms...

Tuesday, January 30, 2007

Penat?? Tak la, pening je...

Minggu lepas outstation kat Sg Petani..
secara keseluruhannya, bengkel tu memang menyeronokkan dan berkesan.
Tapi untuk buat implementation kat ofis maybe lambat sikit.
Bagi pendapat za.. terpulang pada system owner untuk guna atau tidak dan kami (ict)
akan support dari segi teknikal.



Semalam balik ofis... kaki rasa lenguh.. lenguh sgt!
Turun dan naik antara tingkat 5 ke tingkat 3 gara² masalah pada pangkalan data.
Itu belom lagi user request.. application problem... data missing.. data corrupt...huh~!!!
Jam 4 discuss dgn Pengarah Data & Keselamatan masalah² berbangkit.. semoga semua ini
ada jalan penyelesaian untuk jangka panjang (dgn penuh harapan)



dan.. semoga semua ini menjadi pengalaman dan pengajaran berguna.

Tuesday, January 16, 2007

Petaling Jaya dikala senja....


rupanya dah lama blog ni ditinggalkan bersarang....
citong : malas ke?
za : ntah
citong : merajuk ke?
za : ishk!! mana ade!
citong : bosan?
za : tidak....
citong : sibuk?
za : boleh la.....
citong : abis tuh???
za : sebenarnye hujung tahun lepas memang sangat sibuk..
za : lepas tahun baru pun sibuk gak
citong : sekarang??
za : ......... penat.

p/s: happy belated birthday to Masnora, Man Tajaq & Harun El-hafiz.....
May Allah bless you all.. amin
p/s: shasha... sori x dpt ikut balik teluk intan.. klu ade rezeki insyallah lain kali aku ikut..
p/s: takziah buat KBL9202.. semoga cepat pulih..
p/s: awak... nextweek owang pi sg petani, ade keje..keje.. dan keje. gomennasai..

Friday, December 15, 2006

salam jumaat...

Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati
perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.
Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

(surah Al-Hasyr, Ayat:10)

Tuesday, December 12, 2006

arghhhhhhhhh..!!! (yawning)

setelah seminggu tak datang ofis.. rasa malas sungguh.
minggu lepas pergi Bengkel Teknik Penerbitan Video Korporat kat Morib.
huh~!! penat.. tapi seronok juga sebab dapat belajar mende baru.

hari ni sampai ofis macam takde semangat ditambah dengan masalah yang masih tak selesai sebelum berangkat ke bengkel. Dan ari nih ditambah lagi.. dan lagi..

arghhhhhhh..!!! macam mana nak buang penyakit malas dan hilang semangat nih??

tak pe la.. meh cuci mata.. point n shot kat morib.









p/s: peter... bila bleh kita makan sushi lagi??

Tuesday, November 28, 2006

Aku Orang Ke-3..??


Orang ke-3?? hehehe gurau je..
tapi nak rasa juga macam mana kalau kita jadi orang ke-3..
(err.. tapi tak baik.. menyakitkan hati sesama perempuan..)


Ahad lepas pergi kenduri Achik dan Bosz.
Sama cantik.. sama padan..
Dan dalam masa yang sama terjadilah gathering yang tak disengajakan.
hehehe sangat laa meriah nye!!
Ntah bila lagi akan berkumpul macam nih.


Kepada Achik (Nurul Hafizah) dan Bosz (Faizal Emran),

Selamat Pengantin Baru..
Semoga Bahagia Ke Anak Cucu..

Daripada Citong (za&erix)








Wednesday, November 22, 2006

siulan..

Tajuk : Nyanyian Serambi (Ramli Sarip)
Tempat : WHH xxxx (kereta Erix)
Lokasi : Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan
Tarikh : 18 November 2006
Masa : 9.30 pm


Keluar pagi balik petang
Adakala sampai malam
Cari rezeki bawa pulang
Buat orang yang tersayang
ooo bersabarlah

Wajahmu dimana mana
Senyum kasih mesra kasih
Cinta murni kan bersemi
Bersama ketulusan budi
ooo bersemilah

Lama kucarik rahsia kaseh
Rindu kaseh untuk berkaseh
Senang senang duduk di serambi
Senandung lagu puisi
Zikir zaman nyanyian zaman

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung


erix : (rewind untuk kali kedua)
za : suka eh lagu tu?
erix : suka..
za : nape?
erix : cuba dengar lirik dia baik²..
za : owwhhhhhh (sambil cuba memahami maksud lirik)



untuk black,
selamat pengantin baru
semoga dimurahkan rezeki
dilimpahkan rahmat
bahagia hingga akhir hayat..
amin.

Wednesday, November 15, 2006

Hari ini 25 Syawal..



hari ni sibuk.. sibuk dan sibuk.
kerja.. meeting.. dan kerja
minggu ni ada dua jemputan kenduri kahwin
minggu depan juga..
minggu tulat juga..

fuhh~ meriah!!

Thursday, November 09, 2006

Kasihnya Altantuya..

Dia datang dari jauh
mencari cinta kasihnya
mencari tempat melepas rindu
mencari pujaan hati pelipur lara
mencari kasih mengadu domba
mencari ikhtiar penawar si anak...

tapi kasihan dia
nyawa tak berharga
jiwa yang dipuja dan jiwa itu yang membunuhnya
dibunuh kejam!!!!

berakhirnya kasih Altantuya
demi anak yang entah mana asal ceritanya.
Adakah keadilan untuk dia?

kasih dan kasihannya Altantunya...





- zaliza 09112006 -

Wednesday, November 08, 2006

Luka lama masih berdarah..

syawal masih ada
tetamu masih datang
kuih muih masih dihidang
baju raya masih belum siap
undangan masih belum surut
meriah masih meriah

tapi..

hati emak masih seperti dulu
masih dirobek
masih ditikam
masih sakit
masih parah!!


kelmarin.. mata dan telinga ini sakit melihat dan mendengarnye.
perempuan itu.. ya perempuan itu. ingin saja aku membalas segala
sakit sembilu dihati emak. tapi kata emak..

"jangan balas ape yg dia buat pada kita, balasan akan datang dari tuhan.."
"dia pun ada anak.. ade suami"
"biar la.. nanti kalau abah sakit kita tengak dia cari siapa.. "
"ape yang dia kasi tu.. itu hak emak.. mak takkan halalkan! diorang takkan selamat.."


dan akhir nya mak akan cakap..

"tuhan akan makbulkan doa² orang yang teraniaya.."



* aku juga mesti setabah emak.. *

Wednesday, November 01, 2006

Kemeriahan dan Kepenatan Hari Raya

tak sangka dah seminggu kita tinggalkan ramadhan dan tak sangka
dah seminggu kita di dalam syawal..

















dan kemeriahan itu masih dirasai..

Monday, October 30, 2006

salam eidilfitri...

masih belum terlambat untuk za ucapkan..


selamat hari raya eidilfitri
maaf zahir & batin


kepada kalian...

Tuesday, October 17, 2006

Saya Dah Tak Marah

lain kali jangan suka buat cerita..
semua orang ade hati dan perasaan.
walaupun cerita itu hanya untuk gurauan
tapi letakkan diri sendiri didalam
gurauan itu...
saya tidak suka sentuh peribadi orang
dan saya tidak suka peribadi saya
disentuh orang. titik.
walaupun saya system admin..
tidak sesekali saya akan perlakukan
sebegitu...
maaf.. gurauan itu memang tidak kena.

Monday, October 16, 2006

so what??

papan putih...

" zaliza - 19/10/2006 - 7/11/2006 cuti raya sakan "

pagi² dh buat org sakit hati. korang puasa ke tidak????
za memang amik cuti start 19/10/2006 tapi sampai 29/10/2006..!!!!!
cuti za banyak.. sukati laa nak amik berapa banyak!!
huhuhu~ boss pun tak kisah...

so what??? huh!!

Thursday, October 12, 2006

Ramadhan..

Teringat satu masa pada bulan yang mulia, semester terakhir di Pulau Langkawi..

~ menahan sabar berpuasa
~ menahan dari panas pulau yang tak menentu
~ menahan mata dari mengantuk (exam terakhir) sebab kene study..
~ menahan sebak setiap kali lagu raya berkumandang
~ menahan payah waktu sahur hanya biskut dan air kosong

dan kini..

~ tiada lagi karipap panas kegemaran erix di bazar depan airport
~ tiada lagi ayam percik Padang Matsirat
~ tiada lagi ikan pari bakar Pekan Kuah
~ tiada lagi Pakcik Hanif yang akan bawak za, alice, linn @ clay pegi jalan²
~ tiada lagi kueh gunting yang akan diuli oleh linn dan digoreng oleh clay
~ tiada lagi kueh onde² buah melaka permintaan alice
~ tiada lagi bunyi dengkur clay ditengah malam
~ tiada lagi bunyi loceng kaki linn
~ tiada lagi lauk sedap dari air tangan linn
~ tiada lagi baran angin alice & nookie
~ tiada lagi riuh rendah baharuddin, zahren, din penang, ziot... klik² sabahan dan sarawakian
~ tiada lagi gosip² dan cerita ceritu
~ tiada lagi dan tiada lagi..........


ntah bila kaki ini akan melangkah lagi ke pulau sumpahan itu..
dan ntah bila lagi akan merasa saat² ramadhan itu lagi... huhu~ :(



:: mohon maaf zahir batin sepanjang perkenalan ini.. ::




za dan mohamad aisy hafy bin mohd sani (anak kak ija)

Friday, October 06, 2006

Ganbatte!!

Biar bumi terbelah,
biar langit menghempap,
impian dan cita-cita..
tetap seteguh waja.

Thursday, October 05, 2006

motivasi??

semangat ku hilang..
hilang kerana "orang"
dan kata-kata "orang".
aku hanya mampu senyum..
dan senyum.
tapi..
dalam hati
luka yang amat parah.

citong : nape x menangis?
za : untuk ape??
citong : sekurang kurangnye akan rasa tenang
za : atau terus melenyapkan semangat??
citong : sabar laa za...


ye.. segalanya perlu kesabaran.